Wednesday 30 April 2014

Hari sukan

Hari ahad yang lepas meluangkan masa hari sukan anak.


 Bila anak-anak ada aktiviti kita sebagai ibu bapa kenalah datang dan beri sokongan untuk mereka. Ini akan membuatkan mereka rasa bersemangat.


Walaupun acara sukan itu kadang kadang agak membosankan tetapi kita tunjukkan sikap menyokong dan bersemangat kita atas tungkus lumus guru-guru yang bersungguh -sungguh demi menjayakan acara ini.

Macam -macam kerenah anak-anak. Ibu dan  bapa tak kurang juga. Ada yg bersemangat, ada juga yg hanya menyokong dari tempat duduk sahaja.Dan rasa bangga dengan ibu bapa yang turut serta mengambil bahagian. Anak-anak pun ceria.

Saturday 26 April 2014

Luar biasa

Teks:nazirah bugal
Foto:nazirah bugal

Asssalamualaikum.
 Sesekali melakukan sesuatu yang luar biasa memang tidak biasa. 3 hari lepas buat pertama kalinya hampir 20 tahun berkecimpung di dalam bidang kulinari, saya di jemput menjadi pengadil. Pengadil untuk mengadili pertandingan menghias kek oleh pelajar-pelajar kolej.
Selalunya saya yang di adili.



Bertemu chef-chef yang lebih senior, dalam bidang pengadilan,mengutip sedikit pengalaman.  Dan berkongsi cerita dengan mereka yang bergelar junior masih baru dalam bidang kulinari yang bergelar pensyarah.  Penuh semangat mengajar adik-adik yang masih di peringkat pembelajaran. Syabas untuk mereka yang bergelar pensyarah mahu pun guru. 
Walaupun kami di dalam bidang yang sama iaitu kulinari, tetapi skop kerja kami berbeza. Di sini saya kongsikan serba sedikit skop kerja mereka yang bergelar chef.


-Chef celebriti 
-Terkena dan lebih dikenali umum. Kerana kerap keluar di media masa tidak kira tv, radio atau pun majalah. Skop kerja mungkin lebih kepada mempromosimasakan menggunakan  produk jenama syarikat-syarikat tertentu atau stesen tv tertentu. 

Bersama chef selebriti@duta chef Maggi
Chef Muluk

-Chef bekerja di hotel.
-mereka lebih menumpukan kerja-kerja berkaitan perjalanan operasi hotel. Seperti mengendalikan function-function. Menjaga kualiti produk, ,mengeluarkan produk-produk serta menu -menu makanan yang terbaru untuk di hidangkan kepada tetamu yang hadir. Dan mereka ini sentiasa membawa dan menjaganama baik hotel 
Rumah 'ginger bread"
(salah satu projek tahunan setiap tahun menjelang christmas)

sedang menyediakan makanan mengikut pesanan tetamu

-Chef di bahagian akedemi.
-mereka adalah antara orang-orang yang terawal memperkenalkan bidang kulinari kepada anak-anak murid. Di sini mereka mengajar dan mendedahkan kepada pelajar asas kulinari dan menyiapkan mereka  sebelum mereka melangkah di dalam bidang kulinari yang penuh cabaran dan dugaan. Di mana kita perlu kuat mental dan fizikal.

Bersama chef akademi (pensyarah) di Msu
Chef Nurul Falah Hashim

Dan saya juga tidak mungkin berada di mana saya berdiri sekarang jika bukan kerana mereka yang bergelar guru, dan chef  yang banyak mengajar selok belok belajar dan bekerja. Tahniah.

Peserta sedang tekun menyiapkan dekorasi kek masing-masing.
sesi pemarkahan
Terima kasih pada pihak yang terbabit yang sudi menjemput saya menjadi juri, sekiranya ada terlebih atau terkurang maafkan saya. Saya hanya manuasia biasa masih lagi mengutip dan mencari ilmu untuk dikongsikan bersama. Semoga kita dapat bekerjasama lagi di lain kali.

wassalam.

Saturday 19 April 2014

Biskut lidah kucing

TEKS:NAZIRAH BUGAL
FOTO:NAZIRAH BUGAL

sebelum di bakar


ASSALAMMUALAIKUM.

Dapat inspirasi buat biskut lidah kucing ini dari kawan facebook. Tetiba dia upload gambar lidah kucing. Dan saya pun tetiba terasa nak mencubanya. Walaupun resipi biskut ni sudah lama saya simpan. Resipi ini saya dapat dari salah satu syarikat terkenal. Syarikat ini ingin mengetengahkan produknya iaitu planta margarine. Dan resipi ini saya telah tukar menggunakan butter. 

selepas di bakar 


Jika menggunakan planta ada rasa lebih sedikit masin. Dan bila di simpan lama rasanya akan sedikit bertukar. Ini berbeza jika kita menggunakan butter. Tapi untuk sesetengah biskut seperti semperit contohnya, agak sedap juga jika menggunakan planta.

Apa bezanya planta dan butter:
Secara ringkasnya, planta di perbuat dari lemak tumbuhan iaitu dari minyak kelapa sawit.

Sementara butter pula dari produk berasaskan tenusu. Boleh jadi dari susu lembu, kambing atau kerbau. Tetapi kebanyakan butter di pasaran adalah dari produk tenusu lembu.
Jadi untuk membuat biskut lidah kucing ini terpulang pada semua. Samaada ingin menggunakan planta atau butter.  Tepuk dada tanya hati. Akan datang saya akan konsikan resipinya ya.





SEKIAN. WASSALAM.

=======================================================================

UNTUK SEBARANG TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI SAYA  email
nazirahbugal@gmail.com
atau whatsapp:0162456742

INGIN SERTAI KAMI DI AKADEMI BOLEH BUAT LAWATAN DI SINI DULU
http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/
Bergabung dengan kami!

INGIN BERIKLAN BOLEH LETAK DISINI

http://sohodirectory.blogspot.com/

Iklankan Bisnes Bersama Kami



Bisnes untuk suri rumah.

Teks:nazirah bugal
Foto:google.

Asssalamualaikum.

Berniaga secara kecil-kecilan. Untuk surirumah, boleh mencuba satu produk untuk di hantar ke 3 atau 4 gerai nasi lemak sekitar rumah.

Insyaallah. Cuba produk yang belum pernah di jual di sekitar rumah anda. Atau jual mengikut kepakaran atau kemahiran anda. 

Sekian sedikit perkongsian yang datangnya dari Dia Yang Maha Pencipta.

Wassalam.

=================================

Kalau tidak mahu berniaga offline, boleh sertai kami di akademi bekerja di rumah.  Bersama 600 blogger 12 guru online.

Friday 18 April 2014

Kek handbag

TEKS:nazirah bugal
FOTO:nazirah bugal

Assalamualaikum.

Tempahan kek handbag ini saya terima  4 bulan dulu. Kek ini untuk seorang yang bergelar Datin. Di dalamnya saya menggunakan choc kek yang di lapis dengan choc ganache.



Setelah memotong kek berbentuk hand bag, kek hendaklah  disalutkan nipis dengan choc ganache. Kek yang telah di sapu nipis dengan ganache akan memudahkan kita membalutnya dengan fondant.
Kemudian siapkan tali beg, zip atau poket. Kemaskan setiap kemasan.


Sekian sedikit perkongsian yang datangnya dari Dia Yang Maha Pencipta.
Wassalamn






==========================================================================
sebarang tempahan boleh hubungi saya di email nazirahbugal@gmail.com
atau whatsapp 0162456742

dapatkan ebook dari kami di akademi bekerja dari rumah. 



Thursday 17 April 2014

Rainbow cake





TEKS:NAZIRAH BUGAL
FOTO:NAZIRAH BUGAL

Seminggu lepas dapat repeat order dari satu customer ni. Sebelum ni adiknya order kek perkahwinan 3 tingkat. Kali ini dia order untuk hari lahir anaknya yang ke 5 tahun Zubair namanya.


Kek rainbow pilihan ibu Zubair. Kata ibunya, Zubair sukakan lori. Jadi saya letakkan gambar lori di atasnya. Di dalamnya cream cheese frosting. Luar di balut dengan fresh cream yg manis dan sejuk sahaja masa makan kek tu. Kek rainbow ini sangat lembap . Emm sedapnya..(sendiri puji pulak) sesekali puji hasil air tangan kita tidak salahkan?


Sekian  sedikit perkongsian yang datangnya dari Dia Yang Maha Pencipta.


Wassalam

==========================================================================

untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya melalui email nazirahbugal@gmail.com
atau whatsapp- 0162456742
Akademi Bekerjadari Rumah


Tuesday 15 April 2014

Choc indulgence

Teks:nazirah bugal
Foto:nazirah bugal
Assalammualaikum.
Minggu lepas dapat tempahan kek choc indulgence.  Tempahan ini telah ditempah dari anak sahabat  kepada mentor saya iaitu Puan Aishah. Puan Aishah yang mencadangkan anak sahabatnya mencuba kek hasil air tangan saya. Terima kasih cikgu.
Kek choc indulgence ini  jika kali pertama  membuatnya rasa amat rumit. Tetapi kalau sudah dua atau tiga kali mencuba, , insyaallah mudah sahaja. Tak cuba tak tahu. Kek choc indulgence ini terdiri dari dark choc mousse, white choc mousse dan choc sponge kek. Dan di luarnya di saluti choc ganache. Selamat hari jadi untuk Aisyah dan Jiha.
Sekian sedikit perkongsian yang datangnya dari Dia Yang Maha Pencipta.

Wassalam

choc indulgence cake

=========================================================================================

untuk tempahan boleh hubungi saya email:nazirahbugal@gmail.com
whatsapp:0162456742

untuk pakej -pakej kelas on line boleh lihat di sini. email saya bila anda perlukan saya.

Saturday 12 April 2014

ulasan kelas asas blog dan fanpage

Rozida Ismail - Ulasan Kelas Asas Blog dan Fanpage



Teks: Rozida Ismail

Assalamualaikum,
Mungkin ramai yang sudah tahu bagaimana hendak membuat blog sendiri kerana ia tidaklah sesusah mana. Template sudah tersedia dan anda hanya ikut sahaja apa yang dinyatakan. Hanya dua tiga klik, terhasillah blog anda. Jadi, mengapa perlu lagi untuk mengikuti kelas asas blog dan fanpage?
Tetapi ramai antara yang menghasilkan blog itu hanya ghairah menulis ketika baru menghasilkan blog sahaja. Kemudian, tinggallah blog itu tanpa 'berusik' sekian lama. Umpama rumah yang sudah siap tetapi dibiarkan kosong tanpa penghuni. Kadang-kadang ada yang mempunyai banyak blog, tetapi hanya mengemas kini blog tertentu sahaja. Ini kerana mereka sudah kekeringan idea untuk menulis.
Sebelum mengikuti kelas asas penulisan blog, saya sendiri telah mempunyai blog. Tetapi blog saya kurang dikunjungi. Ini membuatkan saya berasa rendah diri. Orang tidak mahu membaca tulisan saya. Lama kelamaan saya tidak lagi rajin mengemas kini blog tersebut.
Tetapi apabila ternampak promosi tentang kelas asas blog dan fanpage dengan harga yang sangat murah di facebook, saya terasa ingin mencuba. Yuran kelas ini sebenarnya sangat murah dibandingkan kelas pembinaan blog yang pernah saya hadiri. Sekiranya anda tidak ada budget yang besar atau masa yang banyak untuk menghadiri kelas atau seminar berblog, saya nasihatkan anda sertai kelas ini sahaja. Memanglah setiap kelas mempunyai cara dan ilmu yang berlainan. Tetapi sesuai dengan namanya 'Kelas Asas' maka semua yang asas anda boleh dapat di sini. Yang paling penting, guru anda 'hadir' di rumah atau di mana-mana sahaja pada masa-masa senggang anda. Anda yang pilih dan tetapkan masanya.
Saya merasakan pengetahuan dan pengalaman yang saya dapat daripada Kelas Asas Blog dan Fanpage yang dikendalikan oleh sifu Masayu Ahmad dan Anys Idayu Zakaria sangat praktikal dan membantu. Apa lagi yang anda mahu, Puan Masayu Ahmad merupakan blogger terkenal. Hasil kerjanya mendapat liputan di akhbar-akhbar tempatan. Manakala, Anys Idayu Zakaria (anysidayu.blogspot.com) merupakan anak didik beliau yang membantu sebagai tenaga pengajar yang bertauliah.

   

Tip dan panduan yang diberikan oleh guru-guru Kelas Asas Blog ini memang menjadi. Jangan risau, jika anda tidak mahir IT, mereka akan beri tunjuk ajar. Yang penting anda perlu buat sendiri. Selain mendapat panduan secara 'live', anda juga akan dimasukkan dalam komuniti blogger yang besar dan mereka akan membantu menaikkan bilangan pengunjung ke blog anda. Inilah perkara yang paling penting, saling bekerjasama untuk mempromosi blog. Masing-masing ada kelebihan dan keistimewaan.  Anda tidak perlu berasa rendah diri jika anda masih baru  dalam dunia blogging. Mungkin cerita yang biasa bagi anda adalah cerita luar biasa bagi orang lain. Nasihat saya, jangan dengar kata-kata saya, tetapi cuba sendiri dan nilai keberkesanannya

==============================================================



Blog Ruang Iklan

Anda ada produk? Iklan produk anda di Soho Directory. Dapatkan pakej iklan serendah RM50. Lihat maklumat tentang pakej di sini.

Hubungi saya, nazirah bugal melalui:

Emel: nazirahbugal
@gmail.com
SMS/whatsapp: 0162456742

Thursday 10 April 2014

Motivasi diri

Kadang-kadang bila kita berada di dalam satu-satu organisasi pekerjaan, dan kita berada di tempat antara yang teratas, kita  memerlukan motivasi diri yang tinggi.
Kadang- kadang  kita rasa lemah untuk memulakan tugas , tetapi kita terpaksa melupakan rasa lemah itu demi untuk kita berhadapan dengan staf bawahan. Ini untuk tidak menunjukkan kita sebagai orang atasan seperti tidak bermaya atau bersemangat. Sedikit tidak ini akan memberi kesan pada staf bawahan. Dan kita sebagai bos  mestilah sentiasa bersemangat dan sentiasa berfikiran positif.  Walau pun dalaman kita sudah hampir separuh negatif. Ini mungkin berlaku kerana terlalu banyak bebanan kerja termasuk masalah2 peribadi, masalah orang atasan , orang bawahan dan sekeliling kita.



Pentingnya disini kita perlu selalu memotivasikan diri sendiri . Tidak kira dengan membaca atau menghadiri seminar2 motivasi. Ini akan dapat menaikkan semangat diri untuk meneruskan rutin harian.
Dan biasakan diri bergaul bersama mereka yang bermotivasi tinggi dan berfikiran positif.
Boleh juga sesekali menukar jadual harian. Contoh, selalunya kita sarapan di tempat kerja sesekali kita sarapan di kedai kegemaran kita dulu. Atau kita boleh cuba untuk menggunakan jalan yang berlainan seperti kebiasaannya. Atau boleh juga singgah di tepi tasik (jika tempat kerja anda berhampiran dengan tasik).walaupun bukan untuk berjogging, mungkin sekadar melihat ketenangan air tasik atau pun melihat gelagat mereka yang berada di taman.
Semoga kita terus ceria untuk menghadapi hari hari mendatang.

Wassalam..

Tuesday 8 April 2014

doh pizza





teks: nazirah bugal
foto :google

Assalamualaikum.

Hari ini nak kongsi resipi doh pizza.



Resipinya:

tepung gandum-1200gm
yeast-15gm
garam-25gm
gula-25gm
minyak-25gm
air-600ml


cara-cara:
masukkan semua bahan-bahan ke dalam mesin pengadun. 

Gunakan alat yang dipanggil "hook" iaitu yang berbentuk mata kail.

Biarkan sehingga betul -betul sebati.

keluar dari mesin. bentukkan bulat-bulat mengikut saiz yang kita kehendaki.

roll nipis . bakar pada susuh 220 darjah celcius. 

Selama 3-4 minit. Siap.

Sedikit perkongsian ilmu yang datangnya dari Dia Yang Maha Pencipta.

Wassalam.

Monday 7 April 2014

Pizza frozen

Teks: nazirah bugal
Foto:google

Assalamualaikum.

Nak beli mahal juga ya. Kalau order sekeping  saiz kecil makan sorang pun kadang-kadang tak cukup juga. Bagi  keluarga yang kecil dan mampu mungkin tak menjadi masalah. Tapi bagi mereka yang keluarga besar dan tak berapa mampu nak membeli macam mana?


Apa kata kita buat sendiri saja di rumah. Buat pizza di rumah? Boleh ke? Kan susah nak buat? Tak cuba tak tahu.
Kita sediakan doh pizza dahulu.
Resipinya:
Kemudian kita sediakan inti untuk pizza. Inti pizza  ini terpulang ikut kegemaran masing-masing. Kalau anak-anak suka ayam boleh letak isi ayam. Kalau suka sosej boleh juga. Suka sayuran sahaja, pun boleh. Suka daging pun boleh. Terpulang pada masing-masing punya citarasa.


Resipi inti pizza :
Untuk membuat pizza ada dua cara.
1)kita boleh bakar doh terlebih dahulu. Kemudian baru letakkan inti, taburkan cheese dan bakar sekali lagi.
*cara yang ini kita bakar sekejap sahaja, sehingga cheese mencair . Masak.
2)sediakan doh pizza, letakkan inti dan taburkan cheese. Bakar sehingga cheese mencair.
*cara ini kita kena pastikan doh betul-betul masak dan cheese mencair.
Tips:
Kita boleh buat sebanyak mungkin pizza. Bakar doh,letakkkan inti dan taburkan cheese. kemudian bungkus menggunakan plastik pembungkus. Simpan dalam bahagian frozen. Ini memudahkan kita ,sekiranya anak-anak teringin makan pizza atau ada tetamu tidak di undang tiba-tiba menjengah rumah,bolehlah kita masukkan  pizza frozen ke dalam oven dan bakar 8-10 minit. Dah siap. Mesti anak-anak atau tetamu berbangga dapat menikmati pizza buatan tangan kita sendiri. Selamat mencuba.

=========================================================================

saya juga mengambil tempahan pizza frozen.
boleh hubungi saya email:nazirahbugal@gmail.com
whatsapp:0162456742

===========================================================================


Friday 4 April 2014

Karipap pusing frozen

Teks:Nazirah Bugal

Bismillahhirrahmannirrohim

Tatkala orang lain sibuk keluar bekerja apakata bila kita  ada masa terluang pergi kedai dapatkan bahan-bahan untuk karipap pusing. Bahan-bahannya
Untuk intinya kita boleh buat lebih dan simpan didalam freezer. Ini memudahkan kita. Tidak perlu membuat inti setiap hari. Tapi pastikan inti tidak di simpan terlalu lama di dalam freezer. Ini boleh menyebabkan  inti hilang rasa kesegarannya.

inti karipap
Untuk pembungkusan kita boleh gunakan plastik tupperware.  Dan jika ada modal lebih mungkin boleh letak sticker supaya  mudah orang mengenali produk kita.
pembungkusan menggunakan tupperware plastik.


 Atau kita boleh juga menggunakan plastik untuk pembungkusan.  Pastikan plastik yang kita guna plastik cerah. Mudah untuk pelanggan melihat quality produk kita.

karipap menggunakan pembungkusan plastik
Akan datang kita kongsi tips di mana nak jual karipap.
Sedikit perkongsian yang datangnya dari Dia Yang Maha Pencipta.
Wassalam

=========================================================================
Saya juga mengambil tempahan pelbagai produk sejuk beku seperti karipap pusing berinti kentang, karipap biasa, cucur badak, puteri ayu, apam gula hangus dan kek sarang semut.

Untuk membuat tempahan 
boleh hubungi saya :nazirah bugal
email:nazirahbugal@gmail.com
whatsapp:016-2456742