Saturday 31 May 2014

bekerja dan berniaga

Ebook terbaru dari ABDR: Bekerja dan Berniaga oleh Puan Azura Abdullah

Teks: Azura Abdullah
Sumber: http://azuraabdullah.com/bekerjaberniaga/
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
ebook Bekerja & Berniaga: Panduan Untuk Suri
Bismillah. Alhamdulillah. Akhirnya naskah sulong saya sedia untuk menemui para suri di luar sana.
Bukan sebuah coretan magis!
Tetapi sebuah perkongsian tulus dari hati!
* Terima kasih Abe Mohd Hadzrami Abdullah beri kepercayaan pada ambo bekerja dari rumah dan meninggalkan pekerjaan selesa.
* Terima kasih Puan Masayu Ahmad kerana memberi peluang pada saya tumpang bermain di padang yang telah sedia hijau subur iaitu Akademi Bekerja Di Rumah. Hanya yang istiqamah akan mendapat manisnya. Terima kasih pada semua yang memberi sokongan.
ebook bekerja & berniaga: panduan untuk suri
Lahirnya ebook ini adalah atas rasa tanggungjawab saya untuk memanjangkan ilmu dan pengalaman yang saya kutip sepanjang bekerja sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat multinasional di utara tanahair dalam masa yang sama saya mengusahakan perniagaan kecil secara online dan offline (butik). Saya ambil ini sebagai tanggungjawab sosial saya untuk beri kesedaran kepada suri tentang pentingnya menyediakan payung sebelum hujan.
Saya bukanlah seorang jutawan atau ahli perniagaan hebat. Pendapatan perniagaan kecil saya hanya menggantikan pendapatan di kala saya bermajikan dulunya. Saya juga tak janjikan apa-apa magis di dalam ebook ini. Ianya sekadar perkongsian tulus ikhlas dari saya di atas pengalaman yang saya kutip sendiri dengan benar-benar terjun dalam dunia perniagaan kecil ketika saya masih bekerja bermajikan. Jika kita boleh belajar dari pengalaman orang lain kenapa kita perlu lalui pengalaman jatuh gaung. Sekali lagi saya tekankan ebook ini bukan tentang teori magis untuk kaya jika itu yang anda harapkan.
Melalui pengalaman diuji dengan kesihatan suami yang kritikal menguatkan lagi azam dan rasa tanggungjawab saya untuk berkongsi pengalaman berharga ini. Langit tak selalunya cerah, panas belum tentu hingga ke petang. Tak menentu sebagaimana fenomena cuaca dunia kini. Sumber pendapatan ke 2 dari perniagaan kecil-kecilan yang dimulakan atas rasa minat dulunya itulah yang telah menyelamatkan kami sekeluarga bilamana suami saya sakit kritikal diserang penyakit angin ahmar. Hilang satu sumber punca pendapatan keluarga. Komitmen yang perlu dilunaskan setiap hujung bulan tetap sama, tetap berdasarkan pendapatan 2 orang. Ianya ujian yang besar bagi saya sekeluarga. Walaubagaimanapun saya kurang merasa impak dari segi kewangan kerana sumber pendapatan perniagaan kecil yang saya usahakan sambil bekerja ketika itu telah banyak membantu. Ianya benar-benar memayungi kami sekeluarga ketika hujan dengan izin Allah SWT.
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah SWT, kini saya telah melangkah setapak lagi dengan kembali ke fitrah menjadi isteri dan ibu sepenuh masa yang bekerja di rumah. Kini saya telah bergelar WAHM (working at home mom). Terima kasih kepada perniagaan kecil yang diusahakan ketika masih bekerja dulunya yang kini telah memberi peluang saya bersara dari dunia bermajikan sebelum umur mencecah 40. Terima kasih kerana telah memberi saya peluang menjana pendapatan hanya dari rumah sambil melihat anak-anak membesar di depan mata. Terima kasih kerana kini masa itu milik mutlak saya sendiri. Saya tidak terikat dengan sesiapa lagi. Alhamdulillah. Saya doakan para suri pembaca ebook saya ini juga bakal menyusul saya nantinya. Tiada yang mustahil.
ebook Bekerja & Berniaga: Panduan Untuk Suri
Hanya RM50.00 dengan bonus ebook 101 Home Based Bisnes nukilan Puan Masayu Ahmad (Pengasas Akademi Bekerja Di Rumah) sendiri.
Pre oder ebook ini sekarang!
Dengan harga RM50, anda dapat ebook bonus 101 Idea Homebased Bisnes bernilai RM50. Yang bayar lepas 20 Jun 2014, tak dapat ebook bonus ya.

Wednesday 21 May 2014

Tips menghias kek 2

teks: nazirah bugal
foto: nazirah bugal dan google

Assalamualaikum.
 Hari ini nak sambung lagi cerita tips menghias kek .Boleh lihat disini entri yang sebelum ini. Untuk meng"ising" sebiji kek supaya kelihatan berbentuk bulat , bujur atau empat segi seperti yang di kehendaki adalah satu perkara yang amat sukar untuk mereka yang baru belajar meng"ising" kek. 
Tetapi jika anda menghadapi masalah ini, anda boleh mencuba beberapa tips di bawah ini  untuk menutupi kelemahan itu. 

1)Contohnya, jika kita sukar untuk melicinkan permukaan atau tepi kek, kita boleh menggunakan alat yang di panggil "comb". Comb ini boleh memberi corak-corak seperti garisan lurus atau pun berombak. Dan "comb"ini juga mempunyai pelbagai size.


                 
Add caption
 
2)Selain menggunakan "comb" kita juga boleh menggunakan teknik hiasan tambahan. Seperti choc rice, colour rice, croqant, choc chip,biskut  atau sebagainya yang bersesuai untuk dijadikan hiasan.






3) kita juga boleh menggunakan teknik piping. Teknik piping ini kita cuma memerlukan cream yang lebih banyak sedikit, piping bag dan "nozzle". Setiap nozzle akan memberi bentuk yang berlainan. Dan hasil yang berlainan. Cuma perlu di ingatkan kita kena menyediakan cream lebih sedikit untuk piping tersebut.

Add caption
 

wassalam.


========================================================================


Beli pelbagai Ebook berinformasi:http://bukuinternetonline.blogspot.com/

atau email nazirahbugal@gmail.com


untuk sebarang tempahan kek dan pastries sms atau whatsapp 016-2456742

Sunday 18 May 2014

Tips menghias kek

Teks:nazirah bugal
Foto: nazirahbugal dan google

Assalamualaikum.
Kadang kala ketika sebelum menghias atau mendekorasi kek,  telah terbayang gambaran reka bentuk kek yang kita ingini di dalam fikiran  kita.
Tetapi kadang -kadang gambaran yang kita gambarkan mungkin ada sedikit perubahan . Ini mungkin kerana faktor cuaca, persediaan awal atau kesuntukan masa.

Cuaca
contohnya sangat mempengaruhi kek yang didekorasi menggunakan  topping cream. Ini kerana topping cream amat sensitif dengan cuaca panas. Jadi elakkan mendekorasi kek menggunakan topping cream ketika rumah kita berkeaadaan panas. Contohnya selepas menggunakan ruang dapur untuk memasak. Sebaiknya biarkan seketika supaya haba panas keluar dari dapur kita. (Kecuali dapur yang mempunyai hawa dingin.)

Persediaan awal
mungkin melibatkan ketika pembelian bahan. Kita menyangka bahan untuk menghias kek yang ingin di gunakan telah sedia ada dalam simpanan, tetapi sebaliknya . Inilah masanya kita perlu menjadi seorang yang lebih kreatif. (Guna atau gantikan bahan apa yang kita ada)

Kesuntukan masa .
Jika kita kesuntukan masa, dan bahan hiasan yang di perlukan juga tiada dalam simpanan, buat hiasan kek yang ringkas tetapi kemas dan sedap di pandang mata.
Sekian . 

Wassalam.



========================================================================

Beli pelbagai Ebook berinformasi:http://bukuinternetonline.blogspot.com/

Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory

lhttp://nazirahbugal.blogspot.com/p/pakej-iklan_6.htm

ingin buat tempahan kek /pastrties
whatsapp 016245674

Friday 16 May 2014

Selamat hari guru

teks: nazirahbugal
foto: google

Assalamualaikum.
Setiap tahun pada 16 mei semua guru di raikan sempena mengingati jasa-jasa mereka yang tak pernah mengenal  erti jemu .mendidik dan terus mendidik supaya anak -anak bangsa terus menjadi cerdik.
Tanpa tunjuk ajar dan bimbingan  mereka tidak mungkin kita pandai membaca dan mengira. Dan tidak mungkin kita menjadi seperti apa yang kita jadi sekarang. Begitu besar jasanya seorang yang bergelar pendidik.



Pendidik bukan sahaja untuk yang bergelar guru yang mengajar di sekolah, tetapi sesiapa sahaja yang pernah mengajar atau menurunkan ilmu itu juga di panggil guru.
Alhamdulillah walaupun saya tidak bergelar guru, hampir setiap tahun saya mendapat ucapan selamat hari guru dari bekas-bekas pelajar yang pernah menghabiskan praktikal bersama saya. Rasanya hanya sedikit ilmu yang sempat saya curahkan pada mereka. Tetapi mereka tetap mengenang jasa saya. Terima kasih pada yang pernah mengucapkan selamat hari guru kepada saya. 
Selamat hari guru untuk semua yang  berkongsi dan menurunkan ilmu tidak kira  ilmu apa sekali pun, anda adalah guru kepada kami.

=
=======================================================================

Beli pelbagai Ebook berinformasi:http://bukuinternetonline.blogspot.com/

Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory

lhttp://nazirahbugal.blogspot.com/p/pakej-iklan_6.htm

ingin buat tempahan kek /pastrties
whatsapp 016245674

Wednesday 14 May 2014

ulasan kelas asas blog

Teks: Ahmad Shahrin Mohamad Anuar  

Guru Online: Norazizah Sudin
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sejajar dengan zaman berteknologi sekarang, ramai yang mengambil kesempatan untuk menggunakan media internet sebagai medium untuk berkomunikasi. Tidak kira sama ada untuk keperluan bersosial ataupun bekerja dan berniaga. Saya juga tidak terkecuali, setelah membulatkan azam dan bertekad untuk menjadi seorang usahawan internet, saya tidak boleh lari dari mengunakan internet sebagai medium pemasaran perniagaan saya.

Tetapi tanpa ilmu asas mengenai dunia maya ini, kadang-kadang membuatkan kita sukar mendapat liputan. Pada permulaannya saya hanya cuba-cuba dan menjadikan blog sebagai medium pemasaran perniagaan internet saya. Namun akhirnya blog saya menjadi blog syok sendiri di mana saya hanya menulis atau menampal salin (copy & paste) perkara yang baik buat saya sahaja hanya kerana mahu menarik trafik ke blog saya. Akhirnya kemaskini blog semakin tidak konsisten dan idea menulis juga semakin hilang. Anda boleh lihat blog lama saya di: http://b-tame.blogspot.com.

Akhirnya saya pun mengambil keputusan menyertai kelas asas blog yang dianjurkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah.


Alhamdulillah selepas mendapat tunjuk ajar daripada guru online, Puan Norazizah Sudin, blog saya lebih tersusun. Anda bolehlah tengok perbezaannya di antara blog lama saya dan blog Diari WAHD ini sekarang. Saya memang amat berpuas hati dengan hasil yang saya perolehi daripada kelas asas blog ini.

Semenjak menyertai kelas, saya dapat menulis secara konsisten setiap hari dan idea menulis datang mencurah-curah. Ini kerana saya diajar dengan teknik yang betul untuk menulis. Sokongan dan bantuan juga disediakan setiap masa oleh guru bertugas. Malah pengasas ABDR , Puan Masayu Ahmad juga turut turun padang dan sama-sama mengajar. Sokongan ini berterusan sehingga sekarang, walaupun sudah beberapa bulan saya menyertai kelas asas blog tersebut.

Bukan itu sahaja, saya juga turut mendapat ebook percuma, belajar asas blog bagi membantu saya membuat ulang kaji apabila diperlukan. Waktu belajar juga adalah fleksibel. Saya belajar hanya pada masa lapang saya sahaja. Sebagai pendatang baru, saya juga mengalami kesukaran mendapatkan trafik ke blog saya. Tetapi apabila saya menyertai kelas asas blog ini, saya kemudiannya dapat menjadi ahli Akademi Bekerja Di Rumah. Kelebihannya dapat membantu mendatangkan trafik ke blog saya dengan bantuan gabungan lebih 600 blog. Malah saya juga turut berpeluang menjadi rakan niaga ABDR. Memang terbaik dan berbaloi untuk menyertai kelas ini.

Ini adalah contoh tips yang diberikan untuk memantapkan penulisan blog dan dapat menulis entri baru setiap hari:

Tips menulis konsisten: Menulis di fb, kemudian jadikan entri di blog.
Lakukan serentak dalam tempoh 10 minit setiap awal pagi/ Lakukan dengan laju ketika fikiran masih segar. Ini latihan menulis yang berkesan.
Jadikan post di fb, sebagai entri di blog, gabungkan
1. Sarimah Deeply Adzrina
Kegagalan hari ini tidak semestinya gagal selamanya, kerana kegagalan itu lah yg akan menjadikan kita cekal un
tuk berjaya, biar apa anggapan orrg pd kita, yg penting keikhlasan dan keyakinan diri yg tinggi harus ada dlm diri kita semua
2. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh n Salam Jumaat yg mulia ini kpd semua kwn2 kat FB, semoga semua tugasan dipermudahkan, dipjgkan umur, diberi kesihatan tubuh bdn yg sihat serta dimurahkan rezeki. Mulakan hari anda dgn penuh keyakinan serta semangat yg tinggi utk maju kehadapan wlu dlm apa jua keadaan. In Shaa Allah..allah swt maha mengetahui lg maha berkuasa terhadap semua umatnya. Amin 3 x
Sekarangkan gabungan dua post di atas, jadikan satu entri, kemudian tambah lagi tips berkaitan tajuk blog.
Mudah bukan.

Jadi untuk mereka yang nak menceburkan diri dalam perniagaan internet, memasarkan produk atau perkhidmatan melalui blogadalah digalakkan untuk menyertai kelas asas blog ini.

Anda juga berpeluang belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca dan melawat blog anda. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca supaya datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 600 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis dan tidak konsisten juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.

Mungkin ada yang berpendapat yuran RM 150 itu sedikit mahal, tetapi dengan apa yang bakal dipulangkan kepada anda memang berbaloi. Tahniah kepada pihak ABDR yang telah menyiapkan modul kelas asas blog & memberi peluang kepada pendatang baru menambah ilmu dan mempersiapkan diri. Tahniah juga kepada para pelajar yang telah menyertai kelas asas blog ini kerana anda pantas menyambar peluang terhidang. 

Jadi kalau ada yang masih tertanya-tanya kelas asas blog mana yang harus disertai, anda sudah temukan jawapannya di sini.

" Tak percaya tak apa, buat sahaja. insyaAllah ada hasil yang terbaik buat kita"



========================================================================

Beli pelbagai Ebook berinformasi:http://bukuinternetonline.blogspot.com/

Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory

lhttp://nazirahbugal.blogspot.com/p/pakej-iklan_6.htm

ingin buat tempahan kek /pastrties
whatsapp 016245674


Tuesday 13 May 2014

Nurul Azwa Zulkifli - Ulasan Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes

Teks: Nurul Azwa Zulkifli
Sumber:http://nurulazwazulkifli.blogspot.com/2014/05/ulasan-ebook-101-idea-home-based-bisnes.html

Assalamualaikum

http://nurulazwazulkifli.blogspot.com/p/blog-page.html


Alhamdulillah, akhirnya saya telah selesai membaca ebook ini. Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes hasil tulisan pengasas Akademi Bekerja Di Rumah iaitu Puan Masayu Ahmad. Keseluruhannya mengandungi 181 muka surat.

Ebook yang sangat bermanfaat dan padat dengan pelbagai info yang berguna. Tulisan yang saya kira memberi pendedahan secara menyeluruh terutamanya buat suri rumah atau sesiapa sahaja yang ingin memulakan bisnes.

Membaca bab 1 sahaja sudah membuatkan semangat saya berkobar-kobar. Banyak idea bisnes yang diberikan. Idea-idea ini dipecahkan mengikut skop kerja masing-masing. Ya, idea yang diberikan memang boleh saja kita mulakan hanya dari rumah! Menerusi idea yang diberikan, kita nilai minat juga kepakaran kita. Sebagai contoh, kita minat dalam bidang lukis dan ada kepakaran dalam bidang seni reka. Justeru boleh sahaja menawarkan pkhidmatan mereka bentuk laman rumah atau ruang pejabat kepada umum. Antara usahawan muda yang boleh dijadikan contoh ialah Puan Nisa Nua. Beliau menawarkan segala perkhidmatan berkaitan bidang arkitek menerusi laman intenet sahaja. Berpejabat hanya dari rumah. SOHO.

Di dalam ebook ini, Puan Masayu turut mendedahkan bagaimana untuk mula bisnes tanpa modal. Ya, perniagaan yang amat disarankan kepada mereka yang baru ingin mula berbisnes. Malah kita turut didedahkan bagaimana untuk mengumpul modal tanpa perlu membuat sebarang pinjaman dengan mana-mana agensi kewangan. Itulah yang sebaiknya. Mula bisnes tanpa mencipta sebarang hutang.

Saya sarankan setiap wanita yang bercita-cita menjadi WAHM wajib memiliki ebook ini. Perkongsian ikhlas penulis sangat memberi inspirasi dan membuatkan kita ingin berusaha bersungguh-sungguh dengan apa yang kita impikan. Penulis turut kongsikan bagaimana kaedah dan teknik-teknik agar kita mampu bergerak secara produktif walaupun bekerja tanpa pantauan majikan. Apabila kita memilih untuk WAHM sepenuh masa, kitalah majikan dan kitalah pekerja. Lantas, disiplin menjadi keutamaan. Puan Masayu turut kongsikan bagaimana untuk kita kekalkan momentum bekerja dari rumah.

Sebuah ebook yang saya kira berbaloi dengan harganya RM50. Lengkap dari mula idea bisnes yang diberikan, bagaimana kita perlu merancang dan seterusnya mencapai matlamat kita, strategi pemasaran, khidmat pelanggan juga perkongsian pengalaman usahawan yang berjaya. Ebook yang mampu milik dan wajib dimiliki setiap orang!


Salam hormat, salam penuh kasih sayang,
Nurul Azwa Zulkifli =)

========================================================================


Baca lagi dalam Ebook 101 Idea Homebased Bisnes.

Hanya RM50 atau dapatkan PROMOSi 2 ebook dengan harga RM50

Tempahan---

Sunday 11 May 2014

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum.
Selamat Hari Ibu.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”













========================================================================================

Beli pelbagai Ebook berinformasi:http://bukuinternetonline.blogspot.com/p/pakej-ebook_9151.html
Ingin iklankan di internet di soho directory:http://nazirahbugal.blogspot.com/p/pakej-iklan_6.html
Ingin membuat sebarang tempahan :http://nazirahbugal.blogspot.com/p/borangtempahan.html
atau whatsapp 016-2456742

Friday 9 May 2014

Kek kedutaan Netherlands.



teks:nazirah bugal
foto:nazirah bugal dan google

Assalammualaikum
.Setiap negara yang telah merdeka pasti akan mengingati hari kemederkaan itu dan menyambutnya dengan penuh bermakna. 


Hari ini saya kongsikan gambar  kek yang  telah saya dekorasikan  bertema hari kemerdekaan negara "Netherlands" atau pun dengan nama lain juga di kenali sebagai negara Holland.


Saya mengambil sedikit ciri-ciri mengenai negara tersebut yang sinonim dengan bunga tulip dan juga kincir anginnya sebagai tema kek kemerdekaannya. 



Selamat menyambut hari kemerdekaan untuk negara Netherlands.




 wassalam.

==========================================================================================

Beli pelbagai Ebook berinformasi:http://bukuinternetonline.blogspot.com/Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory 
http://nazirahbugal.blogspot.com/p/pakej-iklan_6.html

ingin buat tempahan kek /pastrties
whatsapp 0162456742