Saturday, 8 February 2014

Aktiviti di Tahun Baru Cina

 Teks: Nazirah Bugal
Gambar: koleksi sendiri dan google

                                                                                        



Bismillahhirrahmannirrohim
Asssalamualaikum.
          Bertemu kembali di laman nazirahbugal.blogspot.com. Hari ini saya hendak kongsikan pengalaman semasa bercuti hari itu.Untuk sahabat-sahabat berbangsa cina masih belum terlambat rasanya untuk mengucapkan selamat tahun baru. Kebetulan tahun ini tahun baru cina  jatuh pada hari Jumaat , jadi ramai yang mengambil kesempatan untuk bercuti panjang. Ada yang  pulang ke kampung,ada juga yang melangsungkan majlis pertunangan atau pun perkahwinan dan pelbagai aktiviti disusun untuk memenuhi cuti yang ada.
     Bagi saya, dengan keadaan anak dan suami yang tidak berapa sihat untuk sepanjang minggu ini, mengambil keputusan untuk bercuti di rumah sahaja. Perancangan awal, ingin menyelesaikan tugasan-tugasan di rumah yang rasanya terlalu banyak untuk diselesaikan. Selalunya encik suami akan turun padang sekali. Kalau dia tidak menolong di dapur, dia akan menolong menguruskan kain baju yang harus dicuci. Tetapi hari ini saya terpaksa menjalankan semua tugasan berseorangan. Tetapi saya tidak mengeluh pun. Kerana saya bersyukur dikurniakan suami yang sangat ringan tulang menolong menguruskan rumahtagga bersama-sama.
       Dalam sedang menguruskan rumahtangga, saya teringat saya belum membeli  dua atau tiga keperluan untuk membuat kek tempahan dari jiran saya. Bahan -bahan yang lain masih ada dalam simpanan. Beliau meminta saya membuat kek untuk hantaran pertunangan anak keduanya nanti. Apalagi, terus  bergegas saya pergi ke kedai bahan bakeri yang berdekatan yang selalu saya kunjungi. Sesampainya saya di sana, aduh! Kedai tutup! Macam mana ni?
       Saya bergegas ke kedai yang lain. Sama juga. Terus mencuba. Pergi kedai ke tiga. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan saya hari ini. Lega hati saya. Moral dari cerita saya ini, jangan tunggu saat-saat akhir baru hendak  buat persediaan. Kan orang-orang tua sudah berpesan, "sediakan payung sebelum hujan". Untuk diri saya "belilah barang siap-siap sebelum kedai tutup" heee.
      Tiba di rumah, saya terus menyambung kerja-kerja rumah sambil membuat persediaan awal  atau dalam bahasa perancis "mise en place" untuk membuat kek pertunangan itu nanti.
      Setelah semua kerja rumah selesai, saya meneruskan kerja-kerja untuk membuat kek. Di mulakan dengan membancuh kek. Hari ini saya sediakan kek "devil choc kek" bersalut "cream cheese" dan "coklat ganache". Nak bawa jauh katanya. Jadi saya menggunakan dekorasi bunga yang di perbuat dari "fondant". Apa itu "mise en place"? Apa itu"choc ganache"?Apa itu "fondant"? Yang itu saya akan kongsikan di laman nazirahbugal.blogspot.com yang akan datang. Insyaallah. Di sini saya kongsikan gambar kek yang sudah siap saya dekorasikan.
       Dan untuk sesiapa yang ingin menyertai kami di soho atau wahm bolehlah lawat kami disini....
       Wassalam. .
      
Add caption

No comments:

Post a Comment