Tuesday 1 July 2014

KUIH RAYA BUATSENDIRI

TEKS:Nazirah Bugal
FOTO:Peribadi

Assalamualaikum salam Ramadhan1435H.

Bulan Ramadhan menjengah lagi. . Bagi kaum ibu dan  suri rumah bulan Ramadhan adalah bulan yang  paling sibuk.  Bagi suri yang bekerja, sibuknya menjadi dua kali ganda. Setiap hari keluar awal pagi dan  pulang petang hari. Setiap hari suri sibuk memikirkan menu apa yang ingin dimasak untuk di hidangkan kepada keluarga tercinta. Ada juga suri yang memilih untuk membeli di bazar Ramadhan.  Mudah dan menjimatkan masa. Terpulang kepada suri . Tepuk dada tanya selera.  
Di bulan ramadhan ini juga ada para suri yang mengambil kesempatan untuk mencari pendapatan sampingan.  Macam-macam yang boleh dilakukan untuk menambahkan pendapatan.  Antaranya menjual kuih muih di bazar ramadhan, menjual kain baju , tudung , kuih raya dan sebagainya.
Termasuklah saya juga. Sebenarnya tahun ini saya hendak menumpukan hanya satu biskut sahaja. Ini kerana pengalaman tahun-tahun lepas membuatkan saya tidak menang tangan kerana mengambil tempahan biskut bermacam-macam jenis.

Tetapi  beberapa hari lepas sahabat bertalu-talu minta saya buatkan biskut-biskut yang saya buat dulu. Demi menjaga hati mereka, terhasillah satu biskut untuk hari ini.

Untuk suri yang sibuk dengan urusan seharian di sarankan suri mengambil makanan dan air minuman yang berkhasiat. Dan dapatkan air minuman beralkali tinggi yang mempunyai PH 9.5 atau PH11.5 (KANGEN WATER) untuk memberi tenaga sepanjang bulan ramadhan ini. Untuk suri yang ingin mencuba atau mendapatkan air beralkali tinggi yang mempunyai PH9.5 atau11.5 (KANGEN WATER) SECARA PERCUMA yang bukan sahaja untuk tenaga tetapi boleh juga menghilangkan penyakit-penyakit seperti senggugut, gastrik, migraine dan lain lain atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai "KANGEN WATER" bolehlah hubungi saya. 

Untuk hari ini saya kongsikan resipi choc hazelnut cornflake. Untuk yang tahun ini bercadang ingin membuat biskut raya sendiri silalah cuba.


Resipi

Dark choc 200gm
Milk choc 400
Nutella paste 30gm
Almond strip 50gm
Cornflake 150gm.
mencairkan choc menggunakan teknik double boil



cornfalek yang sudah siap digaul dengan choc dan sudah di masukkan ke dalam paper cup




Cara-cara:
a)Masukkan dark choc, milk choc dan nutella paste ke dalam bekas. 
b)Gunakan teknik double boil . 
(Boleh guna periuk nasi dan masukkan air. biarkan air mendidih. Ambil bekas kosong yg lain masukkan choc dan letakkan diatas air ygmendidih. Biarkan choc mencair.)
C) setelah choc mencair masukkan cornflake dan almonds strip yang telah di bakar terlebih dahulu. 
D) gaul rata sehingga choc menyaluti semua cornflake.
E) akhir sekali masukkan ke dalam paper cup . 
F) boleh dihias dengan sebarang hiasan seperti lorekkan choc putih atau taburan manik halus . Atau biarkan begitu sahaja. Siap. 


==================================================

Untuk mendapatkan sample air kangen water secara percuma boleh hubungi saya 
#fb nazirah bugal
#email nazirahbugal@gmail.com
#Whatsapp 016-2456742



Kami masih buka pendaftaran untuk dropship ABDR

1. dropship makanan sunnah dan projek raya
2. dropship makanan sunnah dan telekung solat
3. dropship makanan sunnah dan produk islami

5 langkah mudah: 
-daftar
-blog jualan
-fanpage
-ambil komisyen
-urus pesanan pelanggan

tidak perlu: simpan stok, COD atau urus penghantaran

Bagi yang mahu dan ingin bersama jemaah kami, boleh mendaftar mana-mana pilihan, 1, 2, 3. Sudah sedia baru daftar ya.
Hubungi saya di:
fb: nazirah bugal
whatsapp: 016-2456742
email: nazirahbugal@gmail.com



No comments:

Post a Comment