Sunday, 11 May 2014

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum.
Selamat Hari Ibu.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”













========================================================================================

Beli pelbagai Ebook berinformasi:http://bukuinternetonline.blogspot.com/p/pakej-ebook_9151.html
Ingin iklankan di internet di soho directory:http://nazirahbugal.blogspot.com/p/pakej-iklan_6.html
Ingin membuat sebarang tempahan :http://nazirahbugal.blogspot.com/p/borangtempahan.html
atau whatsapp 016-2456742

Friday, 9 May 2014

Kek kedutaan Netherlands.



teks:nazirah bugal
foto:nazirah bugal dan google

Assalammualaikum
.Setiap negara yang telah merdeka pasti akan mengingati hari kemederkaan itu dan menyambutnya dengan penuh bermakna. 


Hari ini saya kongsikan gambar  kek yang  telah saya dekorasikan  bertema hari kemerdekaan negara "Netherlands" atau pun dengan nama lain juga di kenali sebagai negara Holland.


Saya mengambil sedikit ciri-ciri mengenai negara tersebut yang sinonim dengan bunga tulip dan juga kincir anginnya sebagai tema kek kemerdekaannya. 



Selamat menyambut hari kemerdekaan untuk negara Netherlands.




 wassalam.

==========================================================================================

Beli pelbagai Ebook berinformasi:http://bukuinternetonline.blogspot.com/Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory 
http://nazirahbugal.blogspot.com/p/pakej-iklan_6.html

ingin buat tempahan kek /pastrties
whatsapp 0162456742

Thursday, 8 May 2014

mentor protege

teks:nazirah bugal
foto:google

assalamualaikum.





Dua tiga hari ini sedikit sibuk dengan berbagai-bagai tugasan.  Kami sibuk membuat persiapan menyambut mereka orang -orang penting dalam syarikat yang akan mengadakan mesyuarat selama 3 hari . Tapi masih sempat mencuri-curi masa yang sememangnya mengalahkan harga emas , Masa yang   tidak mungkin berputar kembali. Yang penting kita tidak asyik berputar di tempat yang sama. Cari dan teruskan mencari apa yang belum kita temui.Di bawah saya kongsikan ulasan kelas asas blog.  Yang mana ianya adalah ilmu yang tidak ternilai. tanpa guru siapalah kita. Fahami istilah mentor dan protege.



  Ulasan Kelas asas blog
Kita nak mulakan sesuatu mesti ada mentor, betulkan? Bukan anak-anak saja perlu ada guru, kita pun perlu berguru untuk berniaga. Tambahan pula mahu kaya, berjaya dan berkat.

Saya? Selalu baca post FB kak Masayu Ahmad, berbulan-bulan mengikutinya. Tapi tidak pernah terlintas membeli ebook untuk santapan atau ilmu bagi saya memulakan bisnes.

Ada juga terfikir, macamana nak buat blog? blog bisnes yang arwah bina langsung saya tidak tahu password tambahan no. telefon di daftarkan juga tidak aktif. Terpinga-pinga mahu mula dari mana?. Hasil kajian dan tindak balas pelanggan alamaya  suka melawati blog bisnes arwah dulu.

Saya fikir positif, mungkin Allah SWT mahu saya berusaha sendiri, sebagaimana arwah mengusahakan empayar bisnes kami sekeluarga.

Akhirnya, saya beli ebook janapendapatan dari rumah. Saya study ebook itu dengan penuh semangat dan harapan baru. Sehinggalah rakan kerja dahulu menegur saya. "Kak Na kusyuknya study apa tu? Tersengih-sengih saya jawap "tambah ilmu di dada dan minda". (Siuasi sebelum berhenti kerja - penghujung tahun 2013)

Pertengahan Januari 2014, Alhamdulillah akhirnya saya mendaftar pelajari asas bina blog bersama Puan Normi Yusof. Walaupun masih bertatih, sekurangnya saya telah cuba dan akan cuba laksanakan.

Yang pasti, mengikuti kelas secara online ini amat bagus bagi saya yang banyak komitmen sebagai ibu tunggal ini. Selalu tentang MASA yang kita akan bangkitkan, terutamanya sayalah tu.

 Pembelajaran saya secara alamaya dengan masa kita uruskan, segala persoalan, pertanyaan yang kadang-kadang saya sendiri pusing apatah lagi guru online saya Puan Normi. Semua di ajar oleh guru online amat memuaskan dan sabar mengajar kita.

Masa selesai tugasan? Semuanya atas daya usaha kita sendiri, jika kita fokus maka jangka pendeklah kita tamat belajar. Begitu juga, sebaliknya.

Jangan fikir terasa beban dengan duit yang kita modalkan. Bagaimana mahu berniaga jika tidak mahu keluar modal. Belajar juga adalah modal bagi kita, kerana kita perlu ilmu. Bukan hanya, modal dikeluarkan untuk dapatkan bahan mentah atau produk. Ingat pesanan saya itu.

Sejak saya berjinak-jinak dengan blog, maka ramailah kenalan alamaya saya. Berkongsi pendapat dan ruang serta peluang berniaga. Dulu saya ingat berhenti kerja, tiada rakan-rakan akan besama kita. Rupanya salah sama sekali, kenalan saya makin ramai bukan sahaja alamaya tetapi alam nyata. Hebatkan kita, bonda-bonda sekalian.

Amat sesuai bagi bonda-bonda suri umah yang mahu maju dan berkerjaya dari rumah. Penting sekali fikir positif. Allah SWT sentiasa bersama kita.
Sumber:http://nurshaznashamsudin.blogspot.com/2014/04/busines-online-vs-alamayabagaimana.htmlChttp://nurshaznashamsudin.blogspot.com/2014/04/busines-online-vs-alamayabagaimana.htmlC

Tuesday, 6 May 2014

Assalamualaikum.

 Kongsi cerita rakan-rakan lain ialah salah satu penaik semangat untuk diri kita juga.


Baca ulasan protege ini, jika berminat hubungi saya untuk daftar.


Sumber: http://mayahscollection.blogspot.com/2014/05/ulasan-kelas-asas-blog-fanpage-iklan.html


Ulasan Kelas Asas blog, fanpage & beriklan di Mudah.my dari Mayahs Collection

Saya seorang suri rumah tangga sepenuh masa, mempunyai seorang anak gadis yang comel berumur 12tahun dan dua orang anak bujang yang macam-macam kerenah, masing-masing berumur 11tahun dan 5tahun.
Ibu saya tinggal serumah dengan saya jadi sementara saya bekerja anak-anak di jaga oleh ibu.
Dulu saya bekerja dalam bidang makanan, oleh kerana anak yang berumur 5tahun saya itu telah mula memasuki alam persekolahan dan merasa segala tanggung jawab di rumah terabai, saya memutuskan untuk berhenti bekerja. Pada mula saya berhenti kerja, saya membantu suami menguruskan perniagaan makanan beliau.Pelbagai dugaan dihadapi namun akhirnya perniagaan kami bermasaalah. Saya menyuarakan keinginan saya pada suami untuk tidak mahu mengurus lagi perniagaan.

Kehidupan yang sentiasa bekerja dulu membuatkan saya bosan untuk duduk diam sahaja. Saya berfikir apa yang perlu saya lakukan selain dari menjadi surirumah sepenuh masa. Akhirnya saya terpikat dengan bisnes perniagaan telekung online kepunyaan adik suami saya. Saya memulakan perniagaan telekung dengan menjadi ejen dropship,tetapi saya hanya berniaga secara offline sahaja. Akhirnya dari main-main untuk menghilangkan bosan saya mula seronok tetapi dugaan datang sekali lagi apabila adik ipar saya telah berpindah ke Qatar atas urusan kerja.


Saya mula buntu untuk berniaga apa lagi. Suami menyarankan agar saya cuba berniaga sendiri dengan modal sendiri. Saya mula berniaga online dan juga offline, kali ini bukan satu produk sahaja yang saya jual, tetapi apa saja yang boleh di jual saya akan jual. Namun bukan mudah untuk mempelajari dunia perniagaan online,saya pula tidak ramai sahabat di facebook, dan ini membuatkan saya mula risau.


Saya selalu terbaca status-status puan Zaila Mohamad, saya tertarik dan mula melihat ke wall beliau. Kebanyakan status beliau bercerita tetang perniagaan online dan bagaimana mahu berniaga online.Jadi suami menyarankan agar saya bertanya terus kepada beliau. Saya menceritakan masalah saya pada puan Zaila dan beliau meyarankan saya agar mengambil pakej "belajar kelas asas blog, fanpage & iklan mudah.my .


Kelas ini merupakan kelas 100% menggunakan Bahasa Melayu, agak mudah difahami kerana saya bukanlah orang yang hebat dalam Bahasa Inggeris dan dalam pengetahuan computer. Saya juga pernah ke kelas offline puan Zaila iaitu di rumahnya. Banyak tips dan cara-cara membina perniagaan di internet, cara asas menulis di blog dengan betul, cara berniaga di fanpage dan cara letak iklan di mudah.my telah diberikan kepada saya. Barulah saya tahu berniaga online bukan hanya di facebook sahaja dan bukannya perlu 24 jam menghadap komputer sahaja untuk mengepos gambar peniagaan kita. Dulu, walaupun saya telah mempunyai fanpage,blog dan akaun Mudah.my tetapi saya tidak tahu cara bagaimana menggunakannya, inilah kelemahan diri saya. Saya tahu membuat kesemua akaun tetapi tidak tahu cara untuk memainkan perniagaan di situ.


Puan Zaila juga mengajar online sesuai bagi saya yang tiada masa untuk pergi ke mana-mana ini. Sambil berniaga pun saya boleh belajar di kelas online beliau sentiasa memberi tunjuk ajar kepada saya apa bila saya buntu. Walau pun pelajaran kelas saya telah berakhir tetapi puan Zaila sentiasa memberi kata-kata semangat dan nasihat-nasihat yang positif, nasihat yang boleh diguna pakai di dalam perniagaan.


Dengan mengikuti kelas asas ini kini saya tidak lagi perlu 24 jam menghadap komputer, kehidupan saya teratur,kerja-kerja rumah selesai,saya mempunyai masa untuk keluarga dan untuk pergi ke kelas pengajian al-quran & tajwid yang saya ikuti dan yang paling penting peniagaan saya berjalan lancar.


Apa pun yang kita lalukan harus ada mentor dan mentor itu penting.


kata-kata nasihat oleh Dr Azizan Osman saat saya dan suami mengikuti seminar beliau di Kuala Lumpur masih terngiang-ngiang di telinga saya, benar sekali...Wang bukan ukuran untuk kita menimba ilmu. Jadi kepada anda yang mempunyai masalah sama seperti yang saya alami, jom sertai AKADEMI BEKERJA DI RUMAH dengan mengikuti kelas-kelas asas berniaga yang mereka anjurkan.


1. Kelas Asas blog dan penulisan} - online & offline

2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes} - online & offline
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho-daftar- Bengkel offline 10 Mei 2014
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
7. Kelas Online Bina Blog Borong Telekung Solat
8. Pendaftaran pengurus online

Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - 3 hari siap
2. Beriklan di SOHO Directory
PM saya untuk sertai ABDR apabila sudah sedia.

Bagi yang berminat untuk
Hubungi saya
Facebook: nazirah bugal
emel: nazirahbugal@gmail.com
SMS/whatsapp 0162456742

Sunday, 4 May 2014

Cheese cake



Teks:nazirah bugal
Foto: peribadi dan google  

Assalamualaikum.
Cheese kek ialah sejenis  hidangan manis yang lemak, lembut dan berkrim. Ianya  terdiri daripada dua atau lebih lapisan. Lapisan tebal terdiri dari cheese, gula, telur dan cream. Manakala lapisan nipis di bahagian bawah boleh menggunakan biskut hancur atau sponge kek. 




Cara membuat cheese kek  ada dua cara. Di bakar atau pun di simpan sejuk sahaja di dalam petiais. 




Cheese kek juga boleh di beri pelbagai perasa seperti choc, strawberry, blueberry, mangga, coffee dan sebagainya.


 Selalunya cheese cake di bakar pada suhu yang rendah seperti 140°c,150°c atau 160°c  dan mengambil masa sekurang-kurangnya 1 jam. Ini  supaya kek masak dan permukaannya juga memberi warna yang menarik.    


Jika cheese kek jenis simpan sejuk pula, kita perlu letakkan sedikit gelatin untuk kestabilan kek tersebut selepas di luarkan dari  petiais.

sekian sedikit  perkongsian yang datangnya dari DIA Yang Maha Pencipta.

wassalam