Teks:nazirah bugal
Foto: peribadi dan google
Foto: peribadi dan google
Assalamualaikum.
Cheese kek ialah sejenis hidangan manis yang lemak, lembut dan berkrim. Ianya terdiri daripada dua atau lebih lapisan. Lapisan tebal terdiri dari cheese, gula, telur dan cream. Manakala lapisan nipis di bahagian bawah boleh menggunakan biskut hancur atau sponge kek.
Cara membuat cheese kek ada dua cara. Di bakar atau pun di simpan sejuk sahaja di dalam petiais.
Cheese kek juga boleh di beri pelbagai perasa seperti choc, strawberry, blueberry, mangga, coffee dan sebagainya.
Selalunya cheese cake di bakar pada suhu yang rendah seperti 140°c,150°c atau 160°c dan mengambil masa sekurang-kurangnya 1 jam. Ini supaya kek masak dan permukaannya juga memberi warna yang menarik.
Jika cheese kek jenis simpan sejuk pula, kita perlu letakkan sedikit gelatin untuk kestabilan kek tersebut selepas di luarkan dari petiais.
sekian sedikit perkongsian yang datangnya dari DIA Yang Maha Pencipta.
wassalam
No comments:
Post a Comment