Assalamualaikum.
Kongsi cerita rakan-rakan lain ialah salah satu penaik semangat untuk diri kita juga.
Baca ulasan protege ini, jika berminat hubungi saya untuk daftar.
Sumber: http://mayahscollection.blogspot.com/2014/05/ulasan-kelas-asas-blog-fanpage-iklan.html
Ulasan Kelas Asas blog, fanpage & beriklan di Mudah.my dari Mayahs Collection
Saya seorang suri rumah tangga sepenuh masa, mempunyai seorang anak gadis yang comel berumur 12tahun dan dua orang anak bujang yang macam-macam kerenah, masing-masing berumur 11tahun dan 5tahun.
Ibu saya tinggal serumah dengan saya jadi sementara saya bekerja anak-anak di jaga oleh ibu.
Dulu saya bekerja dalam bidang makanan, oleh kerana anak yang berumur 5tahun saya itu telah mula memasuki alam persekolahan dan merasa segala tanggung jawab di rumah terabai, saya memutuskan untuk berhenti bekerja. Pada mula saya berhenti kerja, saya membantu suami menguruskan perniagaan makanan beliau.Pelbagai dugaan dihadapi namun akhirnya perniagaan kami bermasaalah. Saya menyuarakan keinginan saya pada suami untuk tidak mahu mengurus lagi perniagaan.
Kehidupan yang sentiasa bekerja dulu membuatkan saya bosan untuk duduk diam sahaja. Saya berfikir apa yang perlu saya lakukan selain dari menjadi surirumah sepenuh masa. Akhirnya saya terpikat dengan bisnes perniagaan telekung online kepunyaan adik suami saya. Saya memulakan perniagaan telekung dengan menjadi ejen dropship,tetapi saya hanya berniaga secara offline sahaja. Akhirnya dari main-main untuk menghilangkan bosan saya mula seronok tetapi dugaan datang sekali lagi apabila adik ipar saya telah berpindah ke Qatar atas urusan kerja.
Saya mula buntu untuk berniaga apa lagi. Suami menyarankan agar saya cuba berniaga sendiri dengan modal sendiri. Saya mula berniaga online dan juga offline, kali ini bukan satu produk sahaja yang saya jual, tetapi apa saja yang boleh di jual saya akan jual. Namun bukan mudah untuk mempelajari dunia perniagaan online,saya pula tidak ramai sahabat di facebook, dan ini membuatkan saya mula risau.
Saya selalu terbaca status-status puan Zaila Mohamad, saya tertarik dan mula melihat ke wall beliau. Kebanyakan status beliau bercerita tetang perniagaan online dan bagaimana mahu berniaga online.Jadi suami menyarankan agar saya bertanya terus kepada beliau. Saya menceritakan masalah saya pada puan Zaila dan beliau meyarankan saya agar mengambil pakej "belajar kelas asas blog, fanpage & iklan mudah.my .
Kelas ini merupakan kelas 100% menggunakan Bahasa Melayu, agak mudah difahami kerana saya bukanlah orang yang hebat dalam Bahasa Inggeris dan dalam pengetahuan computer. Saya juga pernah ke kelas offline puan Zaila iaitu di rumahnya. Banyak tips dan cara-cara membina perniagaan di internet, cara asas menulis di blog dengan betul, cara berniaga di fanpage dan cara letak iklan di mudah.my telah diberikan kepada saya. Barulah saya tahu berniaga online bukan hanya di facebook sahaja dan bukannya perlu 24 jam menghadap komputer sahaja untuk mengepos gambar peniagaan kita. Dulu, walaupun saya telah mempunyai fanpage,blog dan akaun Mudah.my tetapi saya tidak tahu cara bagaimana menggunakannya, inilah kelemahan diri saya. Saya tahu membuat kesemua akaun tetapi tidak tahu cara untuk memainkan perniagaan di situ.
Puan Zaila juga mengajar online sesuai bagi saya yang tiada masa untuk pergi ke mana-mana ini. Sambil berniaga pun saya boleh belajar di kelas online beliau sentiasa memberi tunjuk ajar kepada saya apa bila saya buntu. Walau pun pelajaran kelas saya telah berakhir tetapi puan Zaila sentiasa memberi kata-kata semangat dan nasihat-nasihat yang positif, nasihat yang boleh diguna pakai di dalam perniagaan.
Dengan mengikuti kelas asas ini kini saya tidak lagi perlu 24 jam menghadap komputer, kehidupan saya teratur,kerja-kerja rumah selesai,saya mempunyai masa untuk keluarga dan untuk pergi ke kelas pengajian al-quran & tajwid yang saya ikuti dan yang paling penting peniagaan saya berjalan lancar.
Apa pun yang kita lalukan harus ada mentor dan mentor itu penting.
kata-kata nasihat oleh Dr Azizan Osman saat saya dan suami mengikuti seminar beliau di Kuala Lumpur masih terngiang-ngiang di telinga saya, benar sekali...Wang bukan ukuran untuk kita menimba ilmu. Jadi kepada anda yang mempunyai masalah sama seperti yang saya alami, jom sertai AKADEMI BEKERJA DI RUMAH dengan mengikuti kelas-kelas asas berniaga yang mereka anjurkan.
1. Kelas Asas blog dan penulisan} - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes} - online & offline
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho-daftar- Bengkel offline 10 Mei 2014
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
7. Kelas Online Bina Blog Borong Telekung Solat
8. Pendaftaran pengurus online
Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - 3 hari siap
2. Beriklan di SOHO Directory
PM saya untuk sertai ABDR apabila sudah sedia.
Bagi yang berminat untuk
Hubungi saya
Facebook: nazirah bugal
emel: nazirahbugal@gmail.com
SMS/whatsapp 0162456742
Tuesday, 6 May 2014
Sunday, 4 May 2014
Cheese cake

Teks:nazirah bugal
Foto: peribadi dan google
Foto: peribadi dan google
Assalamualaikum.
Cheese kek ialah sejenis hidangan manis yang lemak, lembut dan berkrim. Ianya terdiri daripada dua atau lebih lapisan. Lapisan tebal terdiri dari cheese, gula, telur dan cream. Manakala lapisan nipis di bahagian bawah boleh menggunakan biskut hancur atau sponge kek.
Cara membuat cheese kek ada dua cara. Di bakar atau pun di simpan sejuk sahaja di dalam petiais.
Cheese kek juga boleh di beri pelbagai perasa seperti choc, strawberry, blueberry, mangga, coffee dan sebagainya.
Selalunya cheese cake di bakar pada suhu yang rendah seperti 140°c,150°c atau 160°c dan mengambil masa sekurang-kurangnya 1 jam. Ini supaya kek masak dan permukaannya juga memberi warna yang menarik.

Jika cheese kek jenis simpan sejuk pula, kita perlu letakkan sedikit gelatin untuk kestabilan kek tersebut selepas di luarkan dari petiais.
sekian sedikit perkongsian yang datangnya dari DIA Yang Maha Pencipta.
wassalam
Wednesday, 30 April 2014
Hari sukan


Bila anak-anak ada aktiviti kita sebagai ibu bapa kenalah datang dan beri sokongan untuk mereka. Ini akan membuatkan mereka rasa bersemangat.

Walaupun acara sukan itu kadang kadang agak membosankan tetapi kita tunjukkan sikap menyokong dan bersemangat kita atas tungkus lumus guru-guru yang bersungguh -sungguh demi menjayakan acara ini.
Macam -macam kerenah anak-anak. Ibu dan bapa tak kurang juga. Ada yg bersemangat, ada juga yg hanya menyokong dari tempat duduk sahaja.Dan rasa bangga dengan ibu bapa yang turut serta mengambil bahagian. Anak-anak pun ceria.
Saturday, 26 April 2014
Luar biasa
Teks:nazirah bugal
Foto:nazirah bugal
Asssalamualaikum.
Sesekali melakukan sesuatu yang luar biasa memang tidak biasa. 3 hari lepas buat pertama kalinya hampir 20 tahun berkecimpung di dalam bidang kulinari, saya di jemput menjadi pengadil. Pengadil untuk mengadili pertandingan menghias kek oleh pelajar-pelajar kolej.
Selalunya saya yang di adili.
Selalunya saya yang di adili.
![]() |
Bertemu chef-chef yang lebih senior, dalam bidang pengadilan,mengutip sedikit pengalaman. Dan berkongsi cerita dengan mereka yang bergelar junior masih baru dalam bidang kulinari yang bergelar pensyarah. Penuh semangat mengajar adik-adik yang masih di peringkat pembelajaran. Syabas untuk mereka yang bergelar pensyarah mahu pun guru.
Walaupun kami di dalam bidang yang sama iaitu kulinari, tetapi skop kerja kami berbeza. Di sini saya kongsikan serba sedikit skop kerja mereka yang bergelar chef.
-Chef celebriti
-Terkena dan lebih dikenali umum. Kerana kerap keluar di media masa tidak kira tv, radio atau pun majalah. Skop kerja mungkin lebih kepada mempromosimasakan menggunakan produk jenama syarikat-syarikat tertentu atau stesen tv tertentu.
![]() |
| Bersama chef selebriti@duta chef Maggi Chef Muluk |
-Chef bekerja di hotel.
-mereka lebih menumpukan kerja-kerja berkaitan perjalanan operasi hotel. Seperti mengendalikan function-function. Menjaga kualiti produk, ,mengeluarkan produk-produk serta menu -menu makanan yang terbaru untuk di hidangkan kepada tetamu yang hadir. Dan mereka ini sentiasa membawa dan menjaganama baik hotel
![]() |
| Rumah 'ginger bread" (salah satu projek tahunan setiap tahun menjelang christmas) |
![]() |
| sedang menyediakan makanan mengikut pesanan tetamu |
-Chef di bahagian akedemi.
-mereka adalah antara orang-orang yang terawal memperkenalkan bidang kulinari kepada anak-anak murid. Di sini mereka mengajar dan mendedahkan kepada pelajar asas kulinari dan menyiapkan mereka sebelum mereka melangkah di dalam bidang kulinari yang penuh cabaran dan dugaan. Di mana kita perlu kuat mental dan fizikal.
![]() |
| Bersama chef akademi (pensyarah) di Msu Chef Nurul Falah Hashim |
Dan saya juga tidak mungkin berada di mana saya berdiri sekarang jika bukan kerana mereka yang bergelar guru, dan chef yang banyak mengajar selok belok belajar dan bekerja. Tahniah.
![]() |
| Peserta sedang tekun menyiapkan dekorasi kek masing-masing. |
![]() |
| sesi pemarkahan |
wassalam.
Saturday, 19 April 2014
Biskut lidah kucing
FOTO:NAZIRAH BUGAL
![]() |
| sebelum di bakar |
Dapat inspirasi buat biskut lidah kucing ini dari kawan facebook. Tetiba dia upload gambar lidah kucing. Dan saya pun tetiba terasa nak mencubanya. Walaupun resipi biskut ni sudah lama saya simpan. Resipi ini saya dapat dari salah satu syarikat terkenal. Syarikat ini ingin mengetengahkan produknya iaitu planta margarine. Dan resipi ini saya telah tukar menggunakan butter.
![]() |
| selepas di bakar |
Jika menggunakan planta ada rasa lebih sedikit masin. Dan bila di simpan lama rasanya akan sedikit bertukar. Ini berbeza jika kita menggunakan butter. Tapi untuk sesetengah biskut seperti semperit contohnya, agak sedap juga jika menggunakan planta.
Apa bezanya planta dan butter:
Secara ringkasnya, planta di perbuat dari lemak tumbuhan iaitu dari minyak kelapa sawit.
Sementara butter pula dari produk berasaskan tenusu. Boleh jadi dari susu lembu, kambing atau kerbau. Tetapi kebanyakan butter di pasaran adalah dari produk tenusu lembu.
Jadi untuk membuat biskut lidah kucing ini terpulang pada semua. Samaada ingin menggunakan planta atau butter. Tepuk dada tanya hati. Akan datang saya akan konsikan resipinya ya.
SEKIAN. WASSALAM.
=======================================================================
UNTUK SEBARANG TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI SAYA email
nazirahbugal@gmail.com
atau whatsapp:0162456742
INGIN SERTAI KAMI DI AKADEMI BOLEH BUAT LAWATAN DI SINI DULU
http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/

INGIN BERIKLAN BOLEH LETAK DISINI
http://sohodirectory.blogspot.com/

Bisnes untuk suri rumah.
Teks:nazirah bugal
Foto:google.
Asssalamualaikum.
Berniaga secara kecil-kecilan. Untuk surirumah, boleh mencuba satu produk untuk di hantar ke 3 atau 4 gerai nasi lemak sekitar rumah.
Insyaallah. Cuba produk yang belum pernah di jual di sekitar rumah anda. Atau jual mengikut kepakaran atau kemahiran anda.
Sekian sedikit perkongsian yang datangnya dari Dia Yang Maha Pencipta.
Wassalam.
=================================
Kalau tidak mahu berniaga offline, boleh sertai kami di akademi bekerja di rumah. Bersama 600 blogger 12 guru online.
Friday, 18 April 2014
Kek handbag
TEKS:nazirah bugal
FOTO:nazirah bugal
Assalamualaikum.
Tempahan kek handbag ini saya terima 4 bulan dulu. Kek ini untuk seorang yang bergelar Datin. Di dalamnya saya menggunakan choc kek yang di lapis dengan choc ganache.
Setelah memotong kek berbentuk hand bag, kek hendaklah disalutkan nipis dengan choc ganache. Kek yang telah di sapu nipis dengan ganache akan memudahkan kita membalutnya dengan fondant.
Kemudian siapkan tali beg, zip atau poket. Kemaskan setiap kemasan.
Kemudian siapkan tali beg, zip atau poket. Kemaskan setiap kemasan.
Sekian sedikit perkongsian yang datangnya dari Dia Yang Maha Pencipta.
Wassalamn
==========================================================================
sebarang tempahan boleh hubungi saya di email nazirahbugal@gmail.com
atau whatsapp 0162456742
dapatkan ebook dari kami di akademi bekerja dari rumah.

Subscribe to:
Posts (Atom)










