Teks:nazirah bugal
Foto:nazirah bugal
Asssalamualaikum.
Sesekali melakukan sesuatu yang luar biasa memang tidak biasa. 3 hari lepas buat pertama kalinya hampir 20 tahun berkecimpung di dalam bidang kulinari, saya di jemput menjadi pengadil. Pengadil untuk mengadili pertandingan menghias kek oleh pelajar-pelajar kolej.
Selalunya saya yang di adili.
Selalunya saya yang di adili.
Bertemu chef-chef yang lebih senior, dalam bidang pengadilan,mengutip sedikit pengalaman. Dan berkongsi cerita dengan mereka yang bergelar junior masih baru dalam bidang kulinari yang bergelar pensyarah. Penuh semangat mengajar adik-adik yang masih di peringkat pembelajaran. Syabas untuk mereka yang bergelar pensyarah mahu pun guru.
Walaupun kami di dalam bidang yang sama iaitu kulinari, tetapi skop kerja kami berbeza. Di sini saya kongsikan serba sedikit skop kerja mereka yang bergelar chef.
-Chef celebriti
-Terkena dan lebih dikenali umum. Kerana kerap keluar di media masa tidak kira tv, radio atau pun majalah. Skop kerja mungkin lebih kepada mempromosimasakan menggunakan produk jenama syarikat-syarikat tertentu atau stesen tv tertentu.
Bersama chef selebriti@duta chef Maggi Chef Muluk |
-Chef bekerja di hotel.
-mereka lebih menumpukan kerja-kerja berkaitan perjalanan operasi hotel. Seperti mengendalikan function-function. Menjaga kualiti produk, ,mengeluarkan produk-produk serta menu -menu makanan yang terbaru untuk di hidangkan kepada tetamu yang hadir. Dan mereka ini sentiasa membawa dan menjaganama baik hotel
Rumah 'ginger bread" (salah satu projek tahunan setiap tahun menjelang christmas) |
sedang menyediakan makanan mengikut pesanan tetamu |
-Chef di bahagian akedemi.
-mereka adalah antara orang-orang yang terawal memperkenalkan bidang kulinari kepada anak-anak murid. Di sini mereka mengajar dan mendedahkan kepada pelajar asas kulinari dan menyiapkan mereka sebelum mereka melangkah di dalam bidang kulinari yang penuh cabaran dan dugaan. Di mana kita perlu kuat mental dan fizikal.
Bersama chef akademi (pensyarah) di Msu Chef Nurul Falah Hashim |
Dan saya juga tidak mungkin berada di mana saya berdiri sekarang jika bukan kerana mereka yang bergelar guru, dan chef yang banyak mengajar selok belok belajar dan bekerja. Tahniah.
Peserta sedang tekun menyiapkan dekorasi kek masing-masing. |
sesi pemarkahan |
wassalam.
No comments:
Post a Comment