FOTO:NAZIRAH BUGAL
sebelum di bakar |
Dapat inspirasi buat biskut lidah kucing ini dari kawan facebook. Tetiba dia upload gambar lidah kucing. Dan saya pun tetiba terasa nak mencubanya. Walaupun resipi biskut ni sudah lama saya simpan. Resipi ini saya dapat dari salah satu syarikat terkenal. Syarikat ini ingin mengetengahkan produknya iaitu planta margarine. Dan resipi ini saya telah tukar menggunakan butter.
selepas di bakar |
Jika menggunakan planta ada rasa lebih sedikit masin. Dan bila di simpan lama rasanya akan sedikit bertukar. Ini berbeza jika kita menggunakan butter. Tapi untuk sesetengah biskut seperti semperit contohnya, agak sedap juga jika menggunakan planta.
Apa bezanya planta dan butter:
Secara ringkasnya, planta di perbuat dari lemak tumbuhan iaitu dari minyak kelapa sawit.
Sementara butter pula dari produk berasaskan tenusu. Boleh jadi dari susu lembu, kambing atau kerbau. Tetapi kebanyakan butter di pasaran adalah dari produk tenusu lembu.
Jadi untuk membuat biskut lidah kucing ini terpulang pada semua. Samaada ingin menggunakan planta atau butter. Tepuk dada tanya hati. Akan datang saya akan konsikan resipinya ya.
SEKIAN. WASSALAM.
=======================================================================
UNTUK SEBARANG TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI SAYA email
nazirahbugal@gmail.com
atau whatsapp:0162456742
INGIN SERTAI KAMI DI AKADEMI BOLEH BUAT LAWATAN DI SINI DULU
http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/
INGIN BERIKLAN BOLEH LETAK DISINI
http://sohodirectory.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment