Friday, 4 April 2014

Karipap pusing frozen

Teks:Nazirah Bugal

Bismillahhirrahmannirrohim

Tatkala orang lain sibuk keluar bekerja apakata bila kita  ada masa terluang pergi kedai dapatkan bahan-bahan untuk karipap pusing. Bahan-bahannya
Untuk intinya kita boleh buat lebih dan simpan didalam freezer. Ini memudahkan kita. Tidak perlu membuat inti setiap hari. Tapi pastikan inti tidak di simpan terlalu lama di dalam freezer. Ini boleh menyebabkan  inti hilang rasa kesegarannya.

inti karipap
Untuk pembungkusan kita boleh gunakan plastik tupperware.  Dan jika ada modal lebih mungkin boleh letak sticker supaya  mudah orang mengenali produk kita.
pembungkusan menggunakan tupperware plastik.


 Atau kita boleh juga menggunakan plastik untuk pembungkusan.  Pastikan plastik yang kita guna plastik cerah. Mudah untuk pelanggan melihat quality produk kita.

karipap menggunakan pembungkusan plastik
Akan datang kita kongsi tips di mana nak jual karipap.
Sedikit perkongsian yang datangnya dari Dia Yang Maha Pencipta.
Wassalam

=========================================================================
Saya juga mengambil tempahan pelbagai produk sejuk beku seperti karipap pusing berinti kentang, karipap biasa, cucur badak, puteri ayu, apam gula hangus dan kek sarang semut.

Untuk membuat tempahan 
boleh hubungi saya :nazirah bugal
email:nazirahbugal@gmail.com
whatsapp:016-2456742

Monday, 31 March 2014

Tartlet shell



Butter, gula, telur dan tepung gandum . Itu sahaja bahan yang di perlukan. Mudahnya. Kat kedai runcit kecil pun boleh dapat bahan ini.
Bahan-bahan ni adalah bahan untuk membuat tartlet shell.


Tartlet shell ini boleh di guna untuk fruit tartlet, cheese tartlet yg pelbagai rasa, choc tart dan macam-macam lagi lah.
Tartlet ini boleh di simpan dan dibuat awal. Buat dan simpan di dalam bekas kedap udara. Bila ada order boleh terus guna . 



Beli yang ready made kan senang? Yang home made lebih sedap, rangup, kos murah dan yang penting terjamin halal. Baru boleh dapat untung lebih. Tapi kalau ada order di saat akhir dan tak sempat nak buat kulit tartlet boleh beli saja .  Jimat masa dan mudah.
Resipi kulit tartlet:
Butter-250gm
Gula -250gm
Telur-100ml
Tepung gandum-500gm
Cara-cara:
Pukul butter dan gula sedikit kembang.
Masukkan telur sedikit demi sedikit sehingga habis.
Akhir sekali masukkan tepung . Uli rata. Simpan di dalam peti ais selama setengah jam atau sejam.
Sediakan acuan tartlet. Masukkan sedikit doh dan bentukkan mengikut acuan.
Bakar suhu 180°c selama 20-25minit. Atau sehingga berwarna kekuning-kuningan.
Tips:
Boleh juga di beri perasa. Seperti choc, strawberry, coffee.
Doh ini juga boleh diguna untuk membuat walnut pai, pai kelapa dan byk lagi.
Ada kesempatan nanti saya kongsikan.
Sedikit perkongsian yang datangnya dari Dia Yang Maha Pencipta.
Wassalam.

==========================================================================

Saya juga mengambil tempahan membuat kulit tartlet serta produk-produk berasaskan tartlet.
 Seperti fruit tartlet, cheese tartlet, choc tartlet,coconut tartlet dan walnut tartlet.
Boleh hubungi saya email:nazirahbugal@gmail.com
whatsapp:0162456742

Saturday, 29 March 2014

Pakej Ebook




PROMOSI TERBARU (EBOOK ASAS BLOG + EBOOK 101 IDEA HOMEBASED BISNES)

PAKEJ EBOOK- HANYA RM50


Dapatkan promosi ebook ini dengan harga yang sangat berbaloi!!

Beli 2 Ebook tapi bayar hanya untuk 1 ebook.
1. Ebook Asas Blog.
2. Ebook 101 Idea Homebased Bisnes.

Ringkasan Bab Asas Blog:
Bab 1: Analisa & Penentuan Blog
Bab 2: Langkah Demi Langkah
Bab 3: Blog Bisnes
Bab 4: Rancang Penulisan
Bab 5: Jenis Entri Penulisan
Bab 6: Penulisan Berpengaruh
Bab 7: Tips Penulisan
Bab 8: Motivasi Menulis
Bab 9: Asas Suntingan
Bonus 1: Teknik Blog Siapkan Ebook

Ringkasan Bab Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes.
Bab 1: 101 Idea Home-Based Bisnes
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4: Strategi Pemasaran Online
Bab 5: Strategi Pemasaran Offline
Bab 6: Operasi Dari Rumah
Bab 7: Khidmat pelanggan Online
Bab 8: Produk Digital vs Produk Fizikal
Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses

Harga Asal RM100
Anda hanya perlu bayar RM50.
JIMAT RM50

Thursday, 27 March 2014

Tip bisnes produk sejuk beku.






Teks:Nazirah Bugal

Bismillahhirrahmannirrohim

Karipap biasa, karipap pusing, cucur badak, samosa, pulut panggang, putu ayu, apam beras, bakar bijan, roti canai, paratha, roti bom. Kenapa sebut semua kuih-kuih dan makanan ni?


Ha, itu hanya sebahagian dari produk-produk yang boleh di jadikan produk sejuk beku. Modal yg di perlukan tentulah freezer yang digunakan untuk menyimpan produk siap sejuk beku.


Tetapi untuk permulaan gunakan apa yang anda ada sahaja. Bahan  asas untuk produk sejuk beku biasanya adalah tepung gandum dan bahan-bahan yang mudah untuk didapati dikedai runcit.

Selain dari rasa yang sedap, pembungkusan produk sejuk beku juga memainkan peranan penting. Bak kata pepatah"dari mata turun ke hati". Maknanya bila pembeli memandang produk sejuk beku dengan bungkusan yang cantik tidak mustahil pembeli akan membeli produk tersebut. Tapi jangan pula bungkusan sahaja yang elok tapi isinya tidak seperti yang di harap.


Sekian  sedikit perkongsian tip-tip berniaga produk sejuk beku yang datangnya dari Dia Yang Maha Pencipta.
Wassalam.

Tuesday, 25 March 2014

produk sejuk beku



Teks:Nazirah Bugal


Bercakap mengenai produk sejuk beku boleh dikatakan hampir di mana sahaja boleh kita dapati. Dengan pelbagai jenis produk, rasa dan rupa. Tapi yang mana satu sedap?

Kalau boleh semua orang akan memilih yang sama atau hampir sama seperti air tangan mak kita. Tapi apakan daya bukan semua orang beruntung dapat merasa masakan air tangan ibu.


Berbalik semula produk sejuk beku. Sangat mudah disediakan. Terutama untuk para ibu yang bekerjaya. Cuma panaskan di atas kuali atau pun masukkan saja dalam ketuhar gelombang mikro. Siap.


Itu untuk para ibu yang bekerjaya. Untuk ibu yang bekerjaya dari rumah pula inilah peluang yang tidak boleh dilepaskan. Menghasilkan produk sejuk beku untuk dijual kepada mereka yang sibuk dan tidak berkesempatan ke dapur.

Macam mana ye?. Nanti kita sambung tips dan cara membuat produk sejuk beku.

Wassalam.

Saturday, 22 March 2014

Nostalgia.

Teks:nazirah bugal
Di sini tumpah darahku,
Di sini tempat lahirku,
Di sini tempat ku di besarkan
Di sini ku ketawa menangis,
Di sini ku gembira dan berduka,
Gembira bila bersama ibu dan ayah, Berduka bila tidak dapat apa yang di hajat,
Zaman kecilku,
Kini,
23 tahun dulu ku tinggalkan,
Demi mengejar cita-cita dan impian,
Kini cita dan impian dan bukan impian telah bersatu,
Kini ku kembali mengimbau kenangan lalu,
Kini tiada ibu dan ayah lagi,
Kini tiada masakan air tangan ibu,
Kini tiada sembang panjang dengan ayah, Kini banyak tinggal kenangan.
Nyamannya berpagi-pagi di tepi sungai di kampung .

wassalam.

Friday, 21 March 2014

Tempahan kek fondant

Teks:Nazirah Bugal
Foto:Nazirah Bugal

Bismillahhirrahmannirrohim
Asssalamualaikum.

Seminggu yang lepas saya mendapat tempahan kek fondant . Alhamdulillah. Kalau tempahan dibuat awal senang kerja sikit. Kek yang ditempah bertemakan taman. Untuk ibunya yang sukakan bunga katanya.


Persediaan awal, saya menyiapkan pelbagai bunga untuk hiasan. Inilah kelebihannya jika kita menerima tempahan kek fondant, segala hiasan boleh dibuat awal dan simpan. Kerana fondant tidak akan rosak atau cair. Lagi lama kita simpan lagi dia mengeras. Tetapi ada kekurangannya juga. Di mana hiasan fondant memerlukan masa untuk membuatnya.



Kerana kebiasaannya hiasan fondant berbentuk 3 dimensi. Sebab itu kebiasaannya pembuat kek tidak menerima tempahan yang ditempah dalam masa yang pendek. Paling kurang 3 hari. Itu pun bergantung pada reka bentuk kek itu sendiri.


Layan gambar kek  red velvet di salut fondant bertema bunga . Sekian  sedikit perkongsian yang datangnya dari Dia Yang Maha Pencipta.
Wassalam