Friday, 21 March 2014

Tempahan kek fondant

Teks:Nazirah Bugal
Foto:Nazirah Bugal

Bismillahhirrahmannirrohim
Asssalamualaikum.

Seminggu yang lepas saya mendapat tempahan kek fondant . Alhamdulillah. Kalau tempahan dibuat awal senang kerja sikit. Kek yang ditempah bertemakan taman. Untuk ibunya yang sukakan bunga katanya.


Persediaan awal, saya menyiapkan pelbagai bunga untuk hiasan. Inilah kelebihannya jika kita menerima tempahan kek fondant, segala hiasan boleh dibuat awal dan simpan. Kerana fondant tidak akan rosak atau cair. Lagi lama kita simpan lagi dia mengeras. Tetapi ada kekurangannya juga. Di mana hiasan fondant memerlukan masa untuk membuatnya.



Kerana kebiasaannya hiasan fondant berbentuk 3 dimensi. Sebab itu kebiasaannya pembuat kek tidak menerima tempahan yang ditempah dalam masa yang pendek. Paling kurang 3 hari. Itu pun bergantung pada reka bentuk kek itu sendiri.


Layan gambar kek  red velvet di salut fondant bertema bunga . Sekian  sedikit perkongsian yang datangnya dari Dia Yang Maha Pencipta.
Wassalam

No comments:

Post a Comment