Teks:Nazirah Bugal
Bismillahhirrahmannirrohim
Karipap biasa, karipap pusing, cucur badak, samosa, pulut panggang, putu ayu, apam beras, bakar bijan, roti canai, paratha, roti bom. Kenapa sebut semua kuih-kuih dan makanan ni?
Ha, itu hanya sebahagian dari produk-produk yang boleh di jadikan produk sejuk beku. Modal yg di perlukan tentulah freezer yang digunakan untuk menyimpan produk siap sejuk beku.
Tetapi untuk permulaan gunakan apa yang anda ada sahaja. Bahan asas untuk produk sejuk beku biasanya adalah tepung gandum dan bahan-bahan yang mudah untuk didapati dikedai runcit.
Selain dari rasa yang sedap, pembungkusan produk sejuk beku juga memainkan peranan penting. Bak kata pepatah"dari mata turun ke hati". Maknanya bila pembeli memandang produk sejuk beku dengan bungkusan yang cantik tidak mustahil pembeli akan membeli produk tersebut. Tapi jangan pula bungkusan sahaja yang elok tapi isinya tidak seperti yang di harap.
Sekian sedikit perkongsian tip-tip berniaga produk sejuk beku yang datangnya dari Dia Yang Maha Pencipta.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment