Monday 31 March 2014

Tartlet shell



Butter, gula, telur dan tepung gandum . Itu sahaja bahan yang di perlukan. Mudahnya. Kat kedai runcit kecil pun boleh dapat bahan ini.
Bahan-bahan ni adalah bahan untuk membuat tartlet shell.


Tartlet shell ini boleh di guna untuk fruit tartlet, cheese tartlet yg pelbagai rasa, choc tart dan macam-macam lagi lah.
Tartlet ini boleh di simpan dan dibuat awal. Buat dan simpan di dalam bekas kedap udara. Bila ada order boleh terus guna . 



Beli yang ready made kan senang? Yang home made lebih sedap, rangup, kos murah dan yang penting terjamin halal. Baru boleh dapat untung lebih. Tapi kalau ada order di saat akhir dan tak sempat nak buat kulit tartlet boleh beli saja .  Jimat masa dan mudah.
Resipi kulit tartlet:
Butter-250gm
Gula -250gm
Telur-100ml
Tepung gandum-500gm
Cara-cara:
Pukul butter dan gula sedikit kembang.
Masukkan telur sedikit demi sedikit sehingga habis.
Akhir sekali masukkan tepung . Uli rata. Simpan di dalam peti ais selama setengah jam atau sejam.
Sediakan acuan tartlet. Masukkan sedikit doh dan bentukkan mengikut acuan.
Bakar suhu 180°c selama 20-25minit. Atau sehingga berwarna kekuning-kuningan.
Tips:
Boleh juga di beri perasa. Seperti choc, strawberry, coffee.
Doh ini juga boleh diguna untuk membuat walnut pai, pai kelapa dan byk lagi.
Ada kesempatan nanti saya kongsikan.
Sedikit perkongsian yang datangnya dari Dia Yang Maha Pencipta.
Wassalam.

==========================================================================

Saya juga mengambil tempahan membuat kulit tartlet serta produk-produk berasaskan tartlet.
 Seperti fruit tartlet, cheese tartlet, choc tartlet,coconut tartlet dan walnut tartlet.
Boleh hubungi saya email:nazirahbugal@gmail.com
whatsapp:0162456742

No comments:

Post a Comment