Monday 7 April 2014

Pizza frozen

Teks: nazirah bugal
Foto:google

Assalamualaikum.

Nak beli mahal juga ya. Kalau order sekeping  saiz kecil makan sorang pun kadang-kadang tak cukup juga. Bagi  keluarga yang kecil dan mampu mungkin tak menjadi masalah. Tapi bagi mereka yang keluarga besar dan tak berapa mampu nak membeli macam mana?


Apa kata kita buat sendiri saja di rumah. Buat pizza di rumah? Boleh ke? Kan susah nak buat? Tak cuba tak tahu.
Kita sediakan doh pizza dahulu.
Resipinya:
Kemudian kita sediakan inti untuk pizza. Inti pizza  ini terpulang ikut kegemaran masing-masing. Kalau anak-anak suka ayam boleh letak isi ayam. Kalau suka sosej boleh juga. Suka sayuran sahaja, pun boleh. Suka daging pun boleh. Terpulang pada masing-masing punya citarasa.


Resipi inti pizza :
Untuk membuat pizza ada dua cara.
1)kita boleh bakar doh terlebih dahulu. Kemudian baru letakkan inti, taburkan cheese dan bakar sekali lagi.
*cara yang ini kita bakar sekejap sahaja, sehingga cheese mencair . Masak.
2)sediakan doh pizza, letakkan inti dan taburkan cheese. Bakar sehingga cheese mencair.
*cara ini kita kena pastikan doh betul-betul masak dan cheese mencair.
Tips:
Kita boleh buat sebanyak mungkin pizza. Bakar doh,letakkkan inti dan taburkan cheese. kemudian bungkus menggunakan plastik pembungkus. Simpan dalam bahagian frozen. Ini memudahkan kita ,sekiranya anak-anak teringin makan pizza atau ada tetamu tidak di undang tiba-tiba menjengah rumah,bolehlah kita masukkan  pizza frozen ke dalam oven dan bakar 8-10 minit. Dah siap. Mesti anak-anak atau tetamu berbangga dapat menikmati pizza buatan tangan kita sendiri. Selamat mencuba.

=========================================================================

saya juga mengambil tempahan pizza frozen.
boleh hubungi saya email:nazirahbugal@gmail.com
whatsapp:0162456742

===========================================================================


No comments:

Post a Comment