Kadang-kadang bila kita berada di dalam satu-satu organisasi pekerjaan, dan kita berada di tempat antara yang teratas, kita memerlukan motivasi diri yang tinggi.
Kadang- kadang kita rasa lemah untuk memulakan tugas , tetapi kita terpaksa melupakan rasa lemah itu demi untuk kita berhadapan dengan staf bawahan. Ini untuk tidak menunjukkan kita sebagai orang atasan seperti tidak bermaya atau bersemangat. Sedikit tidak ini akan memberi kesan pada staf bawahan. Dan kita sebagai bos mestilah sentiasa bersemangat dan sentiasa berfikiran positif. Walau pun dalaman kita sudah hampir separuh negatif. Ini mungkin berlaku kerana terlalu banyak bebanan kerja termasuk masalah2 peribadi, masalah orang atasan , orang bawahan dan sekeliling kita.
Pentingnya disini kita perlu selalu memotivasikan diri sendiri . Tidak kira dengan membaca atau menghadiri seminar2 motivasi. Ini akan dapat menaikkan semangat diri untuk meneruskan rutin harian.
Dan biasakan diri bergaul bersama mereka yang bermotivasi tinggi dan berfikiran positif.
Dan biasakan diri bergaul bersama mereka yang bermotivasi tinggi dan berfikiran positif.
Boleh juga sesekali menukar jadual harian. Contoh, selalunya kita sarapan di tempat kerja sesekali kita sarapan di kedai kegemaran kita dulu. Atau kita boleh cuba untuk menggunakan jalan yang berlainan seperti kebiasaannya. Atau boleh juga singgah di tepi tasik (jika tempat kerja anda berhampiran dengan tasik).walaupun bukan untuk berjogging, mungkin sekadar melihat ketenangan air tasik atau pun melihat gelagat mereka yang berada di taman.
Semoga kita terus ceria untuk menghadapi hari hari mendatang.
Wassalam..
No comments:
Post a Comment