Wednesday, 19 March 2014

Hari ahad

Teks:Nazirah Bugal
Foto:Nazirah Bugal
Bismillahhirrahmannirrohim.
Asssalamualaikum.
Hujan di pagi ahad yang lalu nyaman dan menyejukkan. Alhamdulillah ya Allah dengan izin dari Mu Yang Maha Berkuasa lagi Pemurah. Kau turunkan hujan ini dapatlah menyejukkan  dan menenangkan kita rakyat Malaysia yang sedang di duga dengan pelbagai dugaan . Alhamdulillah.
Bangun pagi saya hari ini mencuba menaiki basikal yang telah dua minggu saya beli. Tapi belum berkempatan untuk menunggang kerana cuaca jerebu yang tidak mengizinkan. Alhamdulillah walau sedikit jerebu diawal pagi, dengan penuh semangat saya mengayuh sekitar kawasan rumah. Tidak sampai 30 minit terasa ada air menitis dari langit. Alhamdulillah hujan bakal turun. Dan saya terus mengayuh balik ke rumah.
Sampai di rumah badan masih banyak tenaga. Teringat macaroni yang saya beli tempohari belum di masak. Jom kita ke dapur tgk macaroni bakar saya.
Bagi pendapat saya,macaroni ni sesuai juga jika hendak di makan untuk sarapan. Menggantikan mee goreng atau nasi goreng. Dengan kaedah membakar dapat mengurangkan penggunaan minyak dalam masakan. Membuatnya pun tidak sesusah mana. Macaroni bakar juga boleh di jadikan bisnes dari rumah. Dengan kesibukan ibu-ibu bekerjaya tidak mustahil macaroni bakar menjadi salah satu pilihan mereka. Tak cuba tak tahu.
Sekian perkongsian yang datangnya dari Dia Yang Maha Pencipta.
Wassalam

Sunday, 16 March 2014

Kongsi Tips berniaga di rumah.

teks:Nazirah Bugal
Foto:google

Bismillahhirrahmannirrohim
Asssalamualaikum.

Bertemu kembali di laman nazirahbugal.blogspot.com. Hari ini saya ingin berkongsi bisnes yang pernah saya lakukan secara sambilan dari rumah.


Salah satunya, menjual mini choc muffin. Saya buat setiap kali selepas balik dari bekerja. Dan setiap hari sebelum pukul 7pagi  saya akan menghantar ke tiga  gerai menjual nasi lemak yang berhampiran rumah. Setiap hari saya mendapat keuntungan kasar rm75.00 . Setiap gerai rm 25. Setelah di tolak kos bahan mentah saya mendapat keuntungan bersih dalam rm45 ke rm50. Tetapi perlu diingat, itu 3 ke 4 tahun lepas. Sekarang mungkin kos bahan sedikit meningkat. Dan keuntungan mungkin sedikit mengecil. Mudahkan?
Sebenarnya bagi saya, untuk mencari duit lebih tidak susah. Yang susahnya diri kita sendiri . Mahu atau tidak. Rajin atau malas. Jika ada sesiapa  yang rumah berdekatan dengan sekolah tadika atau sekolah rendah ingin membuat bisnes macam saya, memang di galakkan. Kerana ianya sangat mendapat sambutan. Tak percaya, boleh cuba sendiri. Sebagai buah tangan hari ini saya kongsikan resipi mini choc muffin .
mini coklat muffin:
tepung gandum-550gm
baking powder-15gm
baking soda-30gm
cocoa powder-150gm
gula -500gm
telur-7 biji
air-350ml
minyak masak- 400ml

cara-caranya;
semua bahan kering di ayak.
masukkan semua bahan-bahan kering dan basah ke dalam pemutar kek.
putar selama lebih kurang 8-10minit.
masukkan cawan kertas(paper cup)ke dalam acuan. Dan masukkan bancuhan choc muffin.
bakar selama 5-6minit. bergantung pada muffin anda.

TIPS.
*jika inginkan perasa vanilla tukarkan cocoa powder kepada tepung gandum*
*boleh pelbagaikan rasa. Contoh:blueberry,strawberry,orange. *


Sampai di sini dulu untuk kali ini. Semoga kita dapat berkongsi ilmu yang datangnya dari Dia Maha Pencipta.
Wassalam.

Monday, 10 March 2014

KATERING LUAR

Teks:Nazirah Bugal
Foto:Nazirah Bugal

Bismillahhirrahmannirrahim
Asssalamualaikum.



Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman saya menjadi salah seorang krew bahagian penyediaan makanan untuk  majlis Anugerah Bakti yang telah di anjurkan oleh satu syarikat besar di Lembah Klang. Majlis ini di hadiri 3000 orang tetamu. 1500 orang makan tengahari berkonsepkan set masakan melayu yang di hidang secara dome. Dan  1500 orang makan minum petang,juga berkonsepkan dome. Melibatkan 40 orang  krew dapur bahagian penyediaan makanan. Dan 150 orang krew perkhidmatan.Persediaan awal  untuk menyiapkan bahan-bahan memasak memakan masa seminggu sebelum hari   berlangsungnya majlis.

 Di sinilah pentingnya persediaan awal. Ini untuk mengelak bila tiba hari majlis, tidak akan ada barang-barang yang mungkin tertinggal atau terlupa di bawa. Lebih-lebih lagi sekiranya  berlangsung jauh dari tempat operasi kita. Di sini jugalah ketua  atau chef memainkan peranan bagaimana untuk mengatasi masalah. Sama ada berpatah balik ke tempat operasi, atau mencari bahan yang di perlukan di sekitar tempat berhampiran, atau bertemu dengan pihak tuan rumah majlis dan menerangkan perkara sebenar. Jika kita menerangkan perkara sebenarnya, ada dua kemungkinan akan berlaku. Pertama, jika tuan rumah majlis boleh bertolak ansur anda akan selamat. Kedua jika tuan rumah tidak boleh bertolak ansur, kemungkinan  ini boleh  menjadi kemarahan dan tekanan untuknya. Dan kemungkinan anda tidak akan mendapat bayaran penuh atau beliau hanya berurusan dengan anda untuk kali ini sahaja . Tidak untuk majlis-majlis yang mungkin di anjurkan kelak. Ini telah menjatuhkan reputasi syarikat keterer anda. Dan berkemungkinan anda tidak mendapat rekemen yang baik di kalangan sahabat-sahabat beliau. Untuk 1500 orang makan tengahari nasi tomato yang di gunakan sebanyak 120 kilo . Ayam masak merah 120 kilo. Daging masak rendang 120 kilo. Sayur dalca dalam anggaran 80 kilo. Acar rampai 60 kilo.
p






Untuk 1500 orang minum petang  kami menyediakan bihun goreng. Roti  jala.Kari ayam. Sardine puff . Siew mai ( sejenis makanan cina di dalam kategori  dim sum). Ayam goreng bersalut tepung.
Bila kita ingin mengendalikan bisnes katering makanan, kita perlu bijak membuat kira-kira dan anggaran . Ini untuk mengelakkan dari kerugian di pihak kita sebagai  pengendali katerer.
     Jika tempahan makanan yang di tempah berkonsepkan dome adalah lebih mudah untuk membuat anggaran. Kerana kita akan menyediakan makanan mengikut  berapa orang tetamu yang telah di tetapkan  kehadirannya sahaja. Dan makanan akan di hidang di dalam dome dan di letakkan di atas meja sebelum tetamu tiba dan duduk di meja masing-masing. Dan makanan biasanya tidak akan di tambah. Kerana portion yang di letakkan telah mencukupi untuk 10 orang setiap meja. Kecuali nasi. Nasi di nasihatkan sediakan lebih dari tempahan.  Kerana Kebiasaannya tetamu akan meminta nasi untuk di tambah.
     Ini berbeza dengan tempahan makanan secara buffet. Kerana setiap tetamu  yang hadir mungkin mengambil hanya sedikit atau mungkin mengambil lebih. Dan kemungkinan juga bilangan tetamu yang di undang akan terlebih kerana ada yang membawa ahli keluarga atau teman lain.  Dan di sinilah kita sebagai pengendali katerer perlu bijak menganggar makanan yang di sediakan. Untuk mengelakkan ketidakcukupan makanan yang di sediakan, pihak katerer sepatutnya mengambil jalan selamat  dengan menyediakan makanan lebih sedikit dari tempahan.
     sampai sini dulu.  Harap dapatlah kita berkongsi bersama-sama ilmu yang datangnya dari Dia Yang Maha Pencipta. insyaallah.
Wassalam.



Sunday, 9 March 2014

Mise en place.

Teks:Nazirah Bugal
Foto:Nazirah Bugal

Bismillahhirrahmannirrohim. 
Asssalamualaikum.

     Bertemu kembali di laman nazirahbugal.blogspot.com. Semoga hari ini membawa keceriaan kepada kita semua. Hari ini saya ingin  menyambung cerita dari blog sebelum ini. Saya ingin  berkongsi sedikit mengenai apa itu "mise en place".



     Perkataan-perkataan ini memang biasa di gunakan di dalam bidang kulinari. "Mise en place" ialah  perkataan di dalam bahasa Perancis. Ia membawa maksud menyediakan segala keperluan yang di perlukan untuk sebelum memulakan tugas memasak. Dalam bahasa mudahnya, persediaan awal.Contohnya seperti memotong daging atau ikan, sos-sos, memotong sayur-sayuran. Apa  sahaja yang di perlukan mengikut menu yang di sediakan. Kebiasaannya persediaan awal ini akan di sediakan dua atau tiga jam sebelum restoran mula beroperasi oleh  pembantu- pembantu tukang masak. Tujuan kita mempersiapkan persediaan awal ini supaya bila restoran mula waktu operasi, dan mula menerima order, segala keperluan telah di sediakan. Ini untuk  memudahkan chef yang akan menyediakan hidangan tersebut dapat menghidangkan hidangan dengan pantas. Dan pelanggan turut berpuas hati dengan perkhidmatan cekap anda.




     Berbalik semula pada persediaan awal untuk membuat kek.  Sebelum membuat kek pastikan anda mempunyai resipi. Jadi persediaan awal yang perlu di lakukan adalah seperti menimbang atau menyukat bahan-bahan yang di perlukan. Sediakan dulang  pembakar , set suhu ketuhar pada suhu yang di kehendaki. Ini untuk memastikan apabila  sudah siap kek yang anda adun, anda boleh terus melatakkannya di dalam dulang pembakar dan terus membakar dengan suhu yang bersesuaian.  Jika anda tidak membuat persediaan awal  seperti memanaskan ketuhar terlebih dahulu kemungkinan kek anda akan berubah teksturnya. Ini mengikut jenis kek . Contohnya sponge kek. Kerana sponge kek adalah kek yang ringan dan banyak mengandungi  udara. Dan tidak boleh di biarkan lama di luar. di sini saya kongsikan resipi sponge kek.

Resipi:
putih telur- 210 gram
gula-160gm
telur -130gm
vanilla essence-5gm'
tepung jagung-80gm
tepung gandum-80gm
butter cair-120gm

Cara-caranya:
Pukul putih telur.
 Masukkan sedikit demi sedikit gula sehingga habis.
Pukul sehingga kembang. Masukkan vanilla essence.
Berhentikan mesin pemutar.
Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum menggunakan senduk kayu atau spatula getah.
Kacau perlahan-lahan. Akhir sekali masukkan butter yang telah di cairkan.gaul perlahan.
Bakar pada suhu 190 darjah celcius.selama 25-30minit.


Sampai sini untuk perkongsian hari ini. Segala ilmu itu datangnya dari Dia Maha Pencipta.

 Wassalam.







Saturday, 8 March 2014

Basikal kecil.

Teks:Nazirah Bugal
Foto:Nazirah Bugal

Bismillahhirrahmannirrohim.
Assalamualaikum.

Papaku pulang dari kota,
Papa ku belikan basikal
Basikal kecil warna merah
Pon pon pon pon pon basikal kecil ku berbunyi,
Boleh ku bawa ke sekolah
Marilah adik mari naik
Boleh ku bawa jumpa nenek.



Semalam saya tidak bekerja. Mengambil cuti ganti . Suami pun balik  awal pulak. Si kecil Qaseh pun saya ambil selepas waktu makan tengahari. Masa-masa beginilah saya meluangkan masa bersama Qaseh. Suka Qaseh bila saya ambil awal. Tak perlu menunggu seharian di taska jagaan. 

    Saya mengajak suami ke kedai basikal. Teringin nak hadiahkan Qaseh basikal kecil. Bukan saya tak nak belikan basikal dari dulu lagi. Tapi saya kenal sangat dengan Qaseh ni. Kalau dia kata tak nak atau tak suka, tak payah la di belikan. Jawapnya terbiar macam tu je la benda tu. Dulu masa umur 2 tahun saya belikan dia basikal, tapi adalah dua atau tiga kali je di pegang-pegangnya basikal tu. Lepas tu dia buat tak tahu aje. Akhirnya saya simpan dalam bilik stor. Bila anak-anak buah datang  saya beri dia orang main. Sampai patah dua basikal tu. Simpan semula dalam stor . 

  Sekarang Qaseh berumur 5 tahun. Dua minggu lepas saya balik kampung. Sepupunya lelaki sebaya umur ada  basikal baru. Saya tengokkan sahaja gelagat Qaseh. Kali ini Qaseh kelihatan sedikit berani. Dan betul sangkaan saya, sampai sahaja  di rumah terus di tunggangnya basikal ungu warna kegemaran Qaseh. Semoga Qaseh terus menjadi anak yang berani. Tapi saya tahu Qaseh anak yang lembut hatinya. Tak mudah untuk membalas semula apa di lakukan orang lain keatas dirinya. Cepat memaafkan. Sucinya hati anak kecil ini. Semoga ianya berkekalan sampai bila-bila. Amin. Semoga bertemu di laman akan datang.
Wassalam.

Wednesday, 5 March 2014

FONDANT

Teks:Nazirah Bugal
Foto:Nazirah Bugal. 
Bismillahhirrahmannirrohim
Asssalamualaikum.

       Apa itu fondant? Fondant adalah salah satu bahan untuk menutupi kek supaya kek kelihatan lebih cantik dan kemas. Boleh juga untuk membentuk bunga , huruf, riben, bentuk haiwan atau apa sahaja. Fondant di perbuat daripada gabungan gula ising, shortening , glicerin dan glukos.
Teknik membuatnya agak sedikit rumit. Jadi saya sarankan anda boleh mendapatkannya di kedai-kedai menjual bahan kek. Di pasaran juga terdapat pelbagai jenama fondant. Yang ini sangat sesuai juga  untuk mereka yang tiada penghawa dingin di rumah. Ini kerana, kek yang di dekorasi menggunakan fondant  seelok-eloknya di simpan di dalam bilik penghawa dingin atau suhu bilik biasa. Tidak boleh sama sekali di simpan di dalam peti ais. Kerana ia mengandungi gula yang tinggi. Ketika anda menyimpannya di dalam peti ais ia mengeras. Tetapi setelah di keluarkan ia akan mencair.

Tips menggunakan fondant (ready to use). Yang sedia ada di pasaran. 
Jika anda inginkan  doh fondant sedikit keras, tambahkan tepung jagung. Dan ingin diingatkan disini, hanya tepung jagung sahaja ya. Jangan sesekali menggunakan tepung lain . Ini kerana tekstur tepung jagung itu licin, halus dan putih bersih. Jika doh anda terkeras, bolehlah di letakkan sedikit shortening(lemak sayuran). Kenapa shortening? Kerana shortening tiada pewarna dan ia tidak mencair.
  Di sini saya kongsikan  gambar kek yang di dekorasi menggunakan fondant sepenuhnya.

Wassalam. 


Tuesday, 4 March 2014

CHOC GANACHE

Teks:Nazirah Bugal
FoNazirah Bugal
Bismillahhirrahmannirrohim
Asssalamualaikum

      Apa itu coklat ganache? Coklat ganache ialah coklat ising. Ia adalah gabungan coklat, krim yang di panaskan dan sedikit butter. Coklat terdiri dari 3 jenis. Iaitu coklat gelap (dark choc), coklat susu (milk choc) dan coklat putih (white choc). Pada yang tidak suka manis bolehlah menggunakan coklat gelap. Pada yang suka rasa  sederhana manis bolehlah menggunakan coklat susu. Pada yang ingin merasakan lebih kemanisan boleh guna coklat putih. Dan ingin di ingatkan setiap resipi coklat ganache tidak sama. Ini kerana setiap coklat mengandungi kandungan mentega koko(coco butter) yang berbeza. Krim yang digunakan adalah krim yang tinggi kandungan lemaknya. Biasanya krim yang di gunakan adalah "whipping cream". Tetapi jangan tersalah krim. Satu lagi krim adalah "non dairy krim". "Non dairy krim" biasanya digunakan untuk menghias kek. Dan ianya manis. Sebagai buah tangan sini saya kongsikan resipi coklat ganache.
*Di dalam gambar adalah coklat susu(milk choc)*

 Coklat ganache:
Coklat gelap -1000gm
Whipping cream -1000ml
Butter-20gm
Cara-caranya:
Masukkan coklat gelap dan butter ke dalam mangkuk. 
Panaskan whipping cream di atas api sehingga hampir sedikit mendidih.
(Boleh juga jika anda panaskan sehingga betul-betul mendidih)
Tips; jika gunakan krim yang hanya dimasak sedikit mendidih, coklat ganache anda cepat mengeras.
boleh biarkan sejuk sendiri atau boleh  terus di simpan di dalam peti ais.
Cukup sampai sini perkongsian untuk hari ini. Segala ilmu itu datangnya dari Dia Yang Maha Pencipta. Wassalam.