Monday, 10 March 2014

KATERING LUAR

Teks:Nazirah Bugal
Foto:Nazirah Bugal

Bismillahhirrahmannirrahim
Asssalamualaikum.



Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman saya menjadi salah seorang krew bahagian penyediaan makanan untuk  majlis Anugerah Bakti yang telah di anjurkan oleh satu syarikat besar di Lembah Klang. Majlis ini di hadiri 3000 orang tetamu. 1500 orang makan tengahari berkonsepkan set masakan melayu yang di hidang secara dome. Dan  1500 orang makan minum petang,juga berkonsepkan dome. Melibatkan 40 orang  krew dapur bahagian penyediaan makanan. Dan 150 orang krew perkhidmatan.Persediaan awal  untuk menyiapkan bahan-bahan memasak memakan masa seminggu sebelum hari   berlangsungnya majlis.

 Di sinilah pentingnya persediaan awal. Ini untuk mengelak bila tiba hari majlis, tidak akan ada barang-barang yang mungkin tertinggal atau terlupa di bawa. Lebih-lebih lagi sekiranya  berlangsung jauh dari tempat operasi kita. Di sini jugalah ketua  atau chef memainkan peranan bagaimana untuk mengatasi masalah. Sama ada berpatah balik ke tempat operasi, atau mencari bahan yang di perlukan di sekitar tempat berhampiran, atau bertemu dengan pihak tuan rumah majlis dan menerangkan perkara sebenar. Jika kita menerangkan perkara sebenarnya, ada dua kemungkinan akan berlaku. Pertama, jika tuan rumah majlis boleh bertolak ansur anda akan selamat. Kedua jika tuan rumah tidak boleh bertolak ansur, kemungkinan  ini boleh  menjadi kemarahan dan tekanan untuknya. Dan kemungkinan anda tidak akan mendapat bayaran penuh atau beliau hanya berurusan dengan anda untuk kali ini sahaja . Tidak untuk majlis-majlis yang mungkin di anjurkan kelak. Ini telah menjatuhkan reputasi syarikat keterer anda. Dan berkemungkinan anda tidak mendapat rekemen yang baik di kalangan sahabat-sahabat beliau. Untuk 1500 orang makan tengahari nasi tomato yang di gunakan sebanyak 120 kilo . Ayam masak merah 120 kilo. Daging masak rendang 120 kilo. Sayur dalca dalam anggaran 80 kilo. Acar rampai 60 kilo.
p






Untuk 1500 orang minum petang  kami menyediakan bihun goreng. Roti  jala.Kari ayam. Sardine puff . Siew mai ( sejenis makanan cina di dalam kategori  dim sum). Ayam goreng bersalut tepung.
Bila kita ingin mengendalikan bisnes katering makanan, kita perlu bijak membuat kira-kira dan anggaran . Ini untuk mengelakkan dari kerugian di pihak kita sebagai  pengendali katerer.
     Jika tempahan makanan yang di tempah berkonsepkan dome adalah lebih mudah untuk membuat anggaran. Kerana kita akan menyediakan makanan mengikut  berapa orang tetamu yang telah di tetapkan  kehadirannya sahaja. Dan makanan akan di hidang di dalam dome dan di letakkan di atas meja sebelum tetamu tiba dan duduk di meja masing-masing. Dan makanan biasanya tidak akan di tambah. Kerana portion yang di letakkan telah mencukupi untuk 10 orang setiap meja. Kecuali nasi. Nasi di nasihatkan sediakan lebih dari tempahan.  Kerana Kebiasaannya tetamu akan meminta nasi untuk di tambah.
     Ini berbeza dengan tempahan makanan secara buffet. Kerana setiap tetamu  yang hadir mungkin mengambil hanya sedikit atau mungkin mengambil lebih. Dan kemungkinan juga bilangan tetamu yang di undang akan terlebih kerana ada yang membawa ahli keluarga atau teman lain.  Dan di sinilah kita sebagai pengendali katerer perlu bijak menganggar makanan yang di sediakan. Untuk mengelakkan ketidakcukupan makanan yang di sediakan, pihak katerer sepatutnya mengambil jalan selamat  dengan menyediakan makanan lebih sedikit dari tempahan.
     sampai sini dulu.  Harap dapatlah kita berkongsi bersama-sama ilmu yang datangnya dari Dia Yang Maha Pencipta. insyaallah.
Wassalam.



No comments:

Post a Comment