Teks:Nazirah Bugal
Foto:Nazirah Bugal
Bismillahhirrahmannirrohim.
Assalamualaikum.
Papaku pulang dari kota,
Papa ku belikan basikal
Basikal kecil warna merah
Pon pon pon pon pon basikal kecil ku berbunyi,
Boleh ku bawa ke sekolah
Marilah adik mari naik
Boleh ku bawa jumpa nenek.
Foto:Nazirah Bugal
Bismillahhirrahmannirrohim.
Assalamualaikum.
Papaku pulang dari kota,
Papa ku belikan basikal
Basikal kecil warna merah
Pon pon pon pon pon basikal kecil ku berbunyi,
Boleh ku bawa ke sekolah
Marilah adik mari naik
Boleh ku bawa jumpa nenek.
Semalam saya tidak bekerja. Mengambil cuti ganti . Suami pun balik awal pulak. Si kecil Qaseh pun saya ambil selepas waktu makan tengahari. Masa-masa beginilah saya meluangkan masa bersama Qaseh. Suka Qaseh bila saya ambil awal. Tak perlu menunggu seharian di taska jagaan.
Saya mengajak suami ke kedai basikal. Teringin nak hadiahkan Qaseh basikal kecil. Bukan saya tak nak belikan basikal dari dulu lagi. Tapi saya kenal sangat dengan Qaseh ni. Kalau dia kata tak nak atau tak suka, tak payah la di belikan. Jawapnya terbiar macam tu je la benda tu. Dulu masa umur 2 tahun saya belikan dia basikal, tapi adalah dua atau tiga kali je di pegang-pegangnya basikal tu. Lepas tu dia buat tak tahu aje. Akhirnya saya simpan dalam bilik stor. Bila anak-anak buah datang saya beri dia orang main. Sampai patah dua basikal tu. Simpan semula dalam stor .
Sekarang Qaseh berumur 5 tahun. Dua minggu lepas saya balik kampung. Sepupunya lelaki sebaya umur ada basikal baru. Saya tengokkan sahaja gelagat Qaseh. Kali ini Qaseh kelihatan sedikit berani. Dan betul sangkaan saya, sampai sahaja di rumah terus di tunggangnya basikal ungu warna kegemaran Qaseh. Semoga Qaseh terus menjadi anak yang berani. Tapi saya tahu Qaseh anak yang lembut hatinya. Tak mudah untuk membalas semula apa di lakukan orang lain keatas dirinya. Cepat memaafkan. Sucinya hati anak kecil ini. Semoga ianya berkekalan sampai bila-bila. Amin. Semoga bertemu di laman akan datang.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment