Teks:Nazirah Bugal
Foto:Nazirah Bugal
Foto:Nazirah Bugal
Bismillahhirrahmannirrohim.
Asssalamualaikum.
Asssalamualaikum.
Hujan di pagi ahad yang lalu nyaman dan menyejukkan. Alhamdulillah ya Allah dengan izin dari Mu Yang Maha Berkuasa lagi Pemurah. Kau turunkan hujan ini dapatlah menyejukkan dan menenangkan kita rakyat Malaysia yang sedang di duga dengan pelbagai dugaan . Alhamdulillah.
Bangun pagi saya hari ini mencuba menaiki basikal yang telah dua minggu saya beli. Tapi belum berkempatan untuk menunggang kerana cuaca jerebu yang tidak mengizinkan. Alhamdulillah walau sedikit jerebu diawal pagi, dengan penuh semangat saya mengayuh sekitar kawasan rumah. Tidak sampai 30 minit terasa ada air menitis dari langit. Alhamdulillah hujan bakal turun. Dan saya terus mengayuh balik ke rumah.
Sampai di rumah badan masih banyak tenaga. Teringat macaroni yang saya beli tempohari belum di masak. Jom kita ke dapur tgk macaroni bakar saya.
Bagi pendapat saya,macaroni ni sesuai juga jika hendak di makan untuk sarapan. Menggantikan mee goreng atau nasi goreng. Dengan kaedah membakar dapat mengurangkan penggunaan minyak dalam masakan. Membuatnya pun tidak sesusah mana. Macaroni bakar juga boleh di jadikan bisnes dari rumah. Dengan kesibukan ibu-ibu bekerjaya tidak mustahil macaroni bakar menjadi salah satu pilihan mereka. Tak cuba tak tahu.
Sekian perkongsian yang datangnya dari Dia Yang Maha Pencipta.
Wassalam
No comments:
Post a Comment