Sunday, 16 March 2014

Kongsi Tips berniaga di rumah.

teks:Nazirah Bugal
Foto:google

Bismillahhirrahmannirrohim
Asssalamualaikum.

Bertemu kembali di laman nazirahbugal.blogspot.com. Hari ini saya ingin berkongsi bisnes yang pernah saya lakukan secara sambilan dari rumah.


Salah satunya, menjual mini choc muffin. Saya buat setiap kali selepas balik dari bekerja. Dan setiap hari sebelum pukul 7pagi  saya akan menghantar ke tiga  gerai menjual nasi lemak yang berhampiran rumah. Setiap hari saya mendapat keuntungan kasar rm75.00 . Setiap gerai rm 25. Setelah di tolak kos bahan mentah saya mendapat keuntungan bersih dalam rm45 ke rm50. Tetapi perlu diingat, itu 3 ke 4 tahun lepas. Sekarang mungkin kos bahan sedikit meningkat. Dan keuntungan mungkin sedikit mengecil. Mudahkan?
Sebenarnya bagi saya, untuk mencari duit lebih tidak susah. Yang susahnya diri kita sendiri . Mahu atau tidak. Rajin atau malas. Jika ada sesiapa  yang rumah berdekatan dengan sekolah tadika atau sekolah rendah ingin membuat bisnes macam saya, memang di galakkan. Kerana ianya sangat mendapat sambutan. Tak percaya, boleh cuba sendiri. Sebagai buah tangan hari ini saya kongsikan resipi mini choc muffin .
mini coklat muffin:
tepung gandum-550gm
baking powder-15gm
baking soda-30gm
cocoa powder-150gm
gula -500gm
telur-7 biji
air-350ml
minyak masak- 400ml

cara-caranya;
semua bahan kering di ayak.
masukkan semua bahan-bahan kering dan basah ke dalam pemutar kek.
putar selama lebih kurang 8-10minit.
masukkan cawan kertas(paper cup)ke dalam acuan. Dan masukkan bancuhan choc muffin.
bakar selama 5-6minit. bergantung pada muffin anda.

TIPS.
*jika inginkan perasa vanilla tukarkan cocoa powder kepada tepung gandum*
*boleh pelbagaikan rasa. Contoh:blueberry,strawberry,orange. *


Sampai di sini dulu untuk kali ini. Semoga kita dapat berkongsi ilmu yang datangnya dari Dia Maha Pencipta.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment