Teks:Nazirah Bugal
Foto:Nazirah Bugal
Bismillahhirrahmannirrohim.
Asssalamualaikum.
Bertemu kembali di laman nazirahbugal.blogspot.com. Semoga hari ini membawa keceriaan kepada kita semua. Hari ini saya ingin menyambung cerita dari blog sebelum ini. Saya ingin berkongsi sedikit mengenai apa itu "mise en place".
Perkataan-perkataan ini memang biasa di gunakan di dalam bidang kulinari. "Mise en place" ialah perkataan di dalam bahasa Perancis. Ia membawa maksud menyediakan segala keperluan yang di perlukan untuk sebelum memulakan tugas memasak. Dalam bahasa mudahnya, persediaan awal.Contohnya seperti memotong daging atau ikan, sos-sos, memotong sayur-sayuran. Apa sahaja yang di perlukan mengikut menu yang di sediakan. Kebiasaannya persediaan awal ini akan di sediakan dua atau tiga jam sebelum restoran mula beroperasi oleh pembantu- pembantu tukang masak. Tujuan kita mempersiapkan persediaan awal ini supaya bila restoran mula waktu operasi, dan mula menerima order, segala keperluan telah di sediakan. Ini untuk memudahkan chef yang akan menyediakan hidangan tersebut dapat menghidangkan hidangan dengan pantas. Dan pelanggan turut berpuas hati dengan perkhidmatan cekap anda.
Resipi:
putih telur- 210 gram
gula-160gm
telur -130gm
vanilla essence-5gm'
tepung jagung-80gm
tepung gandum-80gm
butter cair-120gm
Cara-caranya:
Pukul putih telur.
Masukkan sedikit demi sedikit gula sehingga habis.
Pukul sehingga kembang. Masukkan vanilla essence.
Berhentikan mesin pemutar.
Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum menggunakan senduk kayu atau spatula getah.
Kacau perlahan-lahan. Akhir sekali masukkan butter yang telah di cairkan.gaul perlahan.
Bakar pada suhu 190 darjah celcius.selama 25-30minit.
Sampai sini untuk perkongsian hari ini. Segala ilmu itu datangnya dari Dia Maha Pencipta.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment